Resipi kali ini adalah merupakan resipi yang saya dapatkan daripada seorang chef terkenal yang sangat popular dengan masakan ala mamak. Roti puri ini rasanya macam roti canai kerana bahan digunakan lebih kurang sama. Tetapi penyediaan roti puri ini sedikit berbeza berbanding dengan roti canai dimana roti puri lebih nipis dan ianya biasanya kembung menjadikan rasanya lebih sedap. Namun begitu roti puri yang biasanya kita dapati resipinya menggunakan yis tetapi sebenarnya penyediaannya lebih mudah tanpa yis dan bahan-bahannya pula sangat minima. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- ¼ tsp garam
- 2 tsp gula pasir
- 2 tbsp minyak masak
- Air suam secukupnya
Kaedah
- Campur semua bahan kecuali air suam dan gaul rata.
- Kemudian tambah air suam sedikit demi sedikit.
- Perlu pandai anggar kerana adunan tak boleh terlalu kering atau basah.
- Sambil tuang air tu uli hingga ia tidak lagi melekat ditangan.
- Kemudian rehatkan dalam 1 jam sebelum bentukkan bulat-bulat dalam saiz ping pong.
- Leperkan dan kemudian goreng dengan minyak banyak dan betul-betul panas.
- *biasanya saya guna kuali lengkung yang kecil.
- Sambil goreng sambil tekan-tekan doh tadi untuk menjadikan ia kembung.
- Ulang sampai habis, boleh dapat dalam lingkungan 10 biji roti puri.
- Siap!
Kebiasaan nya roti puri ini dimakan bersama dengan sambal sardin tetapi anda boleh juga makan dengan kuah kari ataupun sambal tumis. Jika anda suka manis anda boleh tambah sedikit gula dalam bancuhan terlebih dahulu sebelum anda jadikan ianya itu. Pastikan guna minyak yang panas dan anda juga kena pandai kawal api supaya ianya tidak hangit. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.