Resepi Nasi Minyak Basmathi Masakan Mewah Masak Dirumah

Resepi kali ini adalah resepi nasi minyak dengan menggunakan beras basmati. Beras basmathi adalah sejenis beras yang mempunyai aorma menarik dan saiznya pulang panjang panjang. Beras basmnathi suatu masa dahulu merupakan makanan ruji bagi golongan bagsawan. Namun kini beras ini banyak digunakandalam masakan dan salah satu resepi yan menggunakan berasa ini ialah nasi minyak. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmathi (rendam 30 minit dan tos)
  • 2 cawan air ( tambah ½ cawan susu)

Bahan tumis

  • Minyak sapi (+ sedikit butter)
  • Rempah 4 sekawan
  • Serai (tumbuk hingga pecah)
  • Daun pandan (simpulkan)
  • Bawang besar (hiris)
  • Kisaran bawang putih,merah dan halia 
  • Serbuk pati ayam
  • Garam dan ajinomoto

Bahan hiasan

  • Daun ketumbar
  • Gajus
  • Kismis
  • Pewarna kuning dan oren (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bahan yang telah dikisar.
  • Kemudian bila dah naik bau masukkan bahan tumis lain
  • Bila semua bahan telah sebati masukkan beras bersama garam dan ajinomoto atau anda suka boleh ganti dengan gula.
  • Gaul beras tadi dan masukkan air
  • Tekan periuk nasi dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi telah masak, gaul dengan senduk dan renjiskan pewwarna dan biakan sebentar hingga ia kering.
  • Akhir sekali taburkan kismis, kacang gajus dan juga daun ketumbar sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Nasi minyak boleh juga dimasak dengan beras putih, namun beras briyani memberi rasa yang lebih mewah dan sedap kerana berasnya yang panjang dan ia juga rendah dalam kandungan gulanya, ia mepunyai GI yang lebih rendah berbanding beras putih.  Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain