Koleksi Resepi Mee Hoon Yang Sedap dan Tidak Mengecewakan
Mee hoon merupakan makanan yang mudah nak ramai yang buat tak kira sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam. Jika dah muak nasi boleh gantikan dengan mee hoon dan boleh mengenyangkan, Mee hoon juga menjadi menu kegemaran jika terdapat sebarang majlis keraian atau sebagainya. Menu ringkas dan kenyang memang menjadi pilihan kan?
Resepi kali ini kami bawakan koleksi resepi mee hoon sebagai idea masakan anda dan boleh cuba sendiri di rumah. Jom baca sampai habis ya!
Resepi Bihun Goreng Pedas
Jika anda penggemar makanan pedas, anda patut cuba resepi bihun goreng pedas yang dikongsikan oleh Sabariah Bahasar ini. Betul-betul menyengat pedas dia. Jom baca.
Bahan-bahan
- 1 peket bihun
- Rencah: daging rebus, fishball
- 3 bawang putih diketuk
- 1 mangkuk kobis
Satukan:
- 5 sudumakan cili blend
- 1/ 4 cawan sos tomato
- 2 sudumakan sos tiram
- 3 sudumakan taucu
- 1/4 cawan air
- Gula garam perasa
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak dan tumis bawang.
- Masukkan rencah dan kacau.
- Tuang sos tadi dan tambah kobis.
- Bila mendidih masukkan bihun.
- Kacau hingga kering.
Nota: bihun kalau nak cantik selepas di tutup api kacau barang seminit dua dan biarkan sebentar dalam kuali agar sebati sebelum dipindah ke mangkuk.
Resepi Bihun Soto Ayam
Bihun soto juga merupakan salah satu menu yang selalu dijadikan sebagai hidangan kepada tetamu jika terdapat sebarang majlis keraian atau sebagainya. Resepi bihun soto ayam yang lengkap bersama sambal kicap dan begedil kentang ini dikongsikan oleh Shafiqah Abd Razak.
Bahan-bahan
- Bihun – celur sampai agak lembut
- Nasi impit – rebus dan toskan
- Suhun- goreng daalm minyak panas dan toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara
- Kacang tanah – goreng, toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara
- Taugeh – buang hitam2 tu basuh dan rendam air panas dan toskan air
- Bwg goreng
- Hirisan daun sup
Cara penyediaan sup soto
- Panaskan minyak, bila dah panas masukkan 3 sekawan (kayu manis + bunga lawang dan buah cengkih).
- Tumis sekejap boleh masukkan bahan blend iaitu bawang merah besar dalam 4 biji + bawang putih 5 ulas + serai 2 btg + halia besar ibu jari.
- Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah sup dalam 5 sudu besar dengan rempah kurma dalam 2 sudu besar. Bubuh air dalam dua cawan. Kacau.
- Boleh masukkan air dalam 3 jug blender. Bila dah mendidih, masukkan isi ayam ikut nak letak banyak mana. Bubuh secukup rasa maggie agak sahaja ikut rasa kita.
- Jangan tawar dan jangan masin. Sesedap rasa sahaja. Bubuh asam keping sekeping. Ayam mesti rebus dalam 40 minit, boleh angkat dan toskan.
- Dan gorengkan ayam tu sampai tukar keemasan cantik dan angkat. Nanti dah sejuk sikit, carik sahaja asing tepi.
Bahan begedil kentang
- Kentang
- Daun sup
- Isi ayam
- Telur
Cara penyediaan begedil kentang :
- Kentang buang kulit dan potong 4, guna dalam 5 biji besar.
- Basuh gaul secukup rasa sikit. Minyak dalam kuali dah panas goreng.
- Bila dah macam garing sikit terus angkat dan toskan.
- Lenyek waktu panas bagi hancur sebati. Kalau suka bubuhah daun sup cincang dengan letak isi ayam carik ke atau daging cincang dalam kentang lenyek.
- Bila dah sejuk sikit, boleh mula kepalkan bentukkan macam bergedil.
- Nanti kacau telur 4 biji bubuh secukup rasa sikit. Ambil bergedil dari peti ais yang dah sejukkan 30 minit celup dalam telur, boleh mula goreng dalam minyak panas.
- Bila dah garing sikit angkat dan toskan minyak.
Bahan sambal kicap
- Bawang putih 5 ulas
- Cili api merah 20 biji
- Kicap jalen lemak manis
- Perahan limau kasturi
Cara penyediaan sambal kicap :
- Blendkan bawang putih dalam 5 ulas dengan cili api merah kecil dalam 20 biji buang tangkai,
- Bubuh kicap jalen lemak manis, dan perahan limau kasturi sikit.
- Blend sampai hancur dan masak dekat kuali. Boleh tutup api. Siap.
Resepi Bihun Singapore
Resepi bihun singapore ini sesuai untuk dihidangkan untuk anak anda. Bihun singapore ini tidak pedas dan boleh letak seberapa banyak lauk yang anda suka. Jika anda suka pedas boleh makan bersama sambal kicap. Jom baca resepi dari Nurrussaadah Mohd Azilah ini.
Bahan-bahan
- Sebungkus bihun
- Bawang merah+ putih dikisar
- Minyak untuk tumis
- Rempah sup 3 sudu
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada hitam
- Sayuran
Cara penyediaan
- Tumis bawang dengan minyak sampai naik bau.
- Masukkan rempah sup. Tambah air sampai rempah masak.
- Masuk ayam dan carrot, biarkan sampai masak.
- Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Masukkan bihun yang dah direndam. Kalau taknak rendam banyakkan air dan rendam bihun dalam rencah tadi sampai air kering. Sambil tu gaul bagi rata rencah tadi dengan bihun.
- Masukkan sayuran lain jika ada.
- Tabur dengan cili merah dan daun sup dan hidang bersama telur gulung atau telur cincang.
Resepi Bihun Goreng Viral 12 Sudu Kecil
Sebelum ini pernah viral dengan bihun goreng 12 sudu kecil. Ramai pertikai takut bihun terlebih manis, tapi yang memeranjatkan rasa bihun tidak terlalu manis dek kerana banyak lagi bahan yang dicampurkan sekali. Jom baca resepi oleh Masni Sarah Ismail ini.
Bahan-bahan
- 1 Peket Bihun (Rendam air biasa)
- Sepeket Kecil udang kering
- *3 Biji Bawang rose
- *2 Ulas Bawang putih
- * 4 tangkai cili kering
- * Belacan bakar (sikit saja)
- * Asam Jawa (sebesar duit 20 Sen)
- 12 Sudu teh gula
- 2 Sudu Teh MSG atau mushroom seasoning
- ½ Sudu Teh garam x 7
- ½ Sudu Teh serbuk kunyit
Cara Penyediaan
- Bakar Belacan.
- Blender bahan yang bertanda* sampai hancur (air jangan banyak).
- Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
- Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
- Kacau sebati bihun, buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
- Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
Resepi Bihun Goreng Kampung
Bihun goreng kampung memang tak lapuk dek zaman kan? Mesti ada peminatnya tersendiri. Bukan itu sahaja nak buat pun mudah. Jom baca resepi dari Nur Aida Md Zainuddin.
Bahan-bahan
- Fishball
- 2 biji telur
- Udang kering 3 sudu besar ditumbuk
- 1biji tomato
- Bawang putih dan bawang merah tumbuk
- Sayur kegemaran
- Sos tiram, cukup rasa maggie, garam gula
Cara Penyediaan
- Masukkan minyak, goreng fish ball dan ketepikan. Goreng pulak telur hancur dan ketepikan.
- Minyak yang sama masukkan bawang merah + bawang putih tumbuk, goreng sampai naik bau masukkan udang kering.
- Masukkan tomato dan goreng sampai masak hancur tomato. Selepas itu masukkan cukup rasa, sos tiram, garam dan gula sikit. Masukkan fish ball yang goreng tadi.
- Masukkan bihun dan sayur masukkan sikit air jangan banyak. Waktu ini api kena kecil dan jangan kacau sangat. Kalau nak tutup pun boleh sebab tak nak bagi bihun hancur.
- Bila bihun dah lembut masukkan telur hancur tadi. Siap dihidangkan.
Resepi Bihun Goreng TomYam
Buat anda penggemar tomyam anda wajib cuba resepi bihun tomyam ini dari Rozmaliza Omar ini. Rasa pedas dan masam pes tomyam ini pasti memikat selera anda.
Bahan-bahan
- 1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
- 6-7 ulas bawang putih**
- 5 biji cili padi**
- 3 sdb pes tom yum
- 2 sdb cili kisar
- 2 sdb sos tiram
- 1 sdb sos ikan
- Kobis dan carrot
- 1 ikat sawi
- 3 helai daun limau purut -dikoyak
- Isi ayam, udang dan sotong
- 1 cawan air
- Garam dan sedikit gula
- Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak tumis bahan² bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
- Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
- Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih
- Masukkan bihun, sayuran dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
- Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Resepi Cantonese Ying Yong
Buat anda penggemar makanan kantonis, jom cuba resepi cantonese ying yong ditulis oleh Joanna Johan ini. Memang cukup menyelerakan. Bihun digorengkan terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur rangup bila dimakan.
Bahan-bahan
- Mihun digoreng dalam minyak panas
- Kwetiau gaul kicap sikit, digoreng dgn api kuat. Dah jernih angkat. Sedap kalau ada hangus sikit sikit
- 2-3 ulas bawang putih cincang
- Isi ayam
- Udang
- Fishcake
- Hati ayam dihiris jika suka
- Sawi
- Kiub ayam
- Serbuk lada sulah
- Tepung jagung dibancuh dgn air
- 1 telur dipukul
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak, tumis bawang putih.
- Masukkan isi ayam, hati, udang kacau hingga separuh masak.
- Masukkan stok ayam atau air.
- Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Masukkan sawi dan fishcake.
- Masuk air tepung jagung biar kuah likat sikit.
- Tuang telur, kacau perlahan. Tak perlu banyak telur nanti kuah terlalu keladak.
- Letak mihun, tuang kuah. Siap!
Resepi Bihun Bayam Brazil
Resepi bihun yang ini agak lain, kerana penulis resepi ini أم عقيل فوزيه يوسف ini menjadikan bayam brazil sebagai sayur sampingan. Memang sedap.
Bahan-bahan
- Mihun (jati) rendam sekejap. Dalam air sejuk
- Bawang besar 1 labu, bawang putih 5 ulas (tumbuk)
- Cili giling
- 1 penutup cuka utk sebungkus mihun
- 1 – 2 sudu sos tomato
- 1-2 sudu sos cili
- Kicap
- Kalau suka boleh letak gula sikit.*
- Sotong/udang/ayam
- Sayur
- Garam/perasa
- Sayur
Cara Penyediaan
- Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili giling.
- Masukkan ayam /sotong /udang/apa-apa pun boleh.
- Masukkan gula* sikit, sos dan cuka.
- Masukkan kicap.
- Garam dan perasa.
- Masukkan mihun yang di toskan.
- Kacau rata.
- Masukkan sayur.
Resepi Mihun Sup Chinese Style
Satu lagi resepi untuk peminat makanan chinese, mihun sup chinese style ini cukup memikat hati selera sesiapa pun. Bagi mihun sup chinese style ini penggunaan chili flakes sebagai penambah perasa untuk anda yang gemarkan pedas. Jom baca resepi dari نورليذا عزيز.
Bahan-bahan
- Bihun (celur)
- Sawi (celur)
- Fish cake (potong nipis dan goreng)
- Fish ball
- Kiub pati ayam secukupnya
- Bawang putih (cincang)
- Lobak masin (cincang)
- Chili flakes
Cara Penyediaan
- Tumis bawang putih dan lobak masin yang telah dicincang (saya guna chopper) sehingga perang.
- Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih dan lobak masin tadi. Separuh lagi dibiarkan di dalam periuk.
- Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk berisi minyak bawang tadi. Didihkan.
- Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball dan bahan-bahan lain yang anda suka contohnya : udang atau ayam.
- Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
- Dalam kuali berasingan, goreng fishcake yang telah dipotong nipis.
- Celur sawi dan juga bihun.
- Hidangkan mihun bersama sup, bawang putih bersama lobak masin goreng, sawi celur dan fish cake serta tabur chilli flakes. Sedia untuk dinikmati.
Resepi Mihun Sup Utara
Bagi bihun sup utara ini yang membezakan dengan bihun yang lain adalah warna bihun ini. Bihun sup utara ini dicelupkan dengan sedikit serbuk kunyit bagi memberikan warna kuning pada mihun ini. Jom baca resepi dari Dapo Tengku.
Bahan-bahan
- 1 bungkus mihun 500g (celur dalam air mendidih bersama 1t serbuk kunyit)
- 1 kilo tulang lembu
- 1 kilo daging lembu
- 500g perut lembu
- 6 liter air
- 2 bungkus sup bunjut tulang
- 2 bawang besar kisar halus*
- 6 bawang putih kisar halus*
- 2 inci halia kisar halus*
- 3 batang serai diketuk
- 2 ketul cube daging (optional)
- Garam
Bahan hidangan sampingan
- Lobak masin cincang halus
- Tauhu digoreng & potong kecil
- Daun sup & bawang potong kecil
- Sambal kicap pedas*
Bahan sambal kicap pedas
- 3 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 2-3T serbuk cili Baba’s
- 5T kicap manis
- 1/2-3/4 cup air
- 1T asam jawa
- 2T Gula melaka
- 2T gula pasir putih
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serbuk cili hingga garing.
- Masukkan air, kicap,asam jawa,gula & garam.
- Didihkan sebentar & matikan api.
- Rebus tulang, daging & perut bersama air hingga empuk.
- Panaskan sup atas api dengan api sederhana.
- Dalam periuk kecil, panaskan minyak & tumis tempah sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) bersama serai hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing.
- Masukkan tumisan ke dalam periuk sup.
- Masukkan sup bunjut & beef cube jika guna.
- Didihkan hingga sup nampak mesra dengan bahan tumis.
Resepi Menarik Yang Lain
Jangan lupa cuba atau simpan koleksi resepi mihun ini untuk dicuba kelak. Banyak lagi resepi menarik dan mudah untuk anda yang telah kami sediakan. Terima kasih juga kerana menjadikan lawan web kami sebagai sumber rujukan masakan anda.