Resepi Homemade Meatball Dengan Sos Bologenese Homemade

Resepi kali ini adalah resepi bebola daging yang kita sediakan sendiri di rumah dengan menggunakan daging yang premium dan sedap. Bebola daging,meatball atau bakso diperbuat dari daging hancur dan beberapa bahan lain. Walaupun ia boleh dibeli dikedai atau supermarket tapi meatball lebih sedap kalau dibuat sendiri. Perkongsian kali ini saya membuat meatball bersama dengan kuah bolognese homemade tanpa spaghetti. Ini adalah salah satu cara hidangan daging yang sesuai bagi pengamal diet. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Meatball

  • 300g daging lembut atau batang pinang
  • 1 tsp serbuk Garlic
  • 1 tsp serbuk onion
  • 1 tsp thyme
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp serbuk lada hitam

Kaedah

  • Kisar daging hingga hancur halus dan kemudian masukkan bahan-bahan lain.
  • Bentuk saiz belola dan ketepikan.

Kuah balognese

  • 5 biji tomato segar
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • 1-2 sudu kecil serbuk mix herbs 
  • Sedikit cili sos dan tomato sos ikut citarasa
  • Sedikit garam dan minyak masak

Kaedah

  • Kisar semua bahan tanpa air hingga halus.
  • Dalam kuali atau periuk tumis bahan kisaran tadi dengan sedikit minyak hingga pekat.
  • Tambah garam dan sos cili/tomato ikut selera.
  • Siap!

Penyediaan.

  • Dalam kuali letak sos bolognese dan juga meatball, tambah sedikit air dan masak hingga meatball masak. 
  • Siap!

Jika anda ada budget lebih anda boleh menggunakan daging wagyu. Beli daging wagyu yang anda boleh cari di pasar raya seperti Jaya Grocer. Dan kemudian anda campurkan dengan daging biasa dan kemudian kisar, dengan ini anda dapat menghasilkan daging yang lebih sedap tetapi dengan budget yang lebih kecil. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain