Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Santan Berleleh
Kuih koci pulut hitam ini juga salah satu kuih tradisional kita. Jarang dah nampak kuih koci ini di jual di bandar, melainkan kalau anda balik kampung pasti anda akan nampak kuah koci ini di jual. Apa kata anda cuba sendiri resepi koci pulut hitam ini sendiri boleh lah hilang craving nanti.
Kuih koci ini paling nikmat bila dapat makan kuih yang mempunyai lelehan santan, cukup membuatkan anda rasa tak cukup satu. Lelehan santan yang mempunyai rasa masin berlemak itu di suaipadankan dengan inti koci pulut hitam cukup sempurna rasanya. Rugi jika anda tak cuba resepi kuih legend ini. Rasa kenyal pada kuih koci ini yang membuatkan kuih ini mempunyai keunikan tersendiri. Makan perlu hati-hati ya takut tercekik pula. Jom baca perkongsian resepi dari Rahmah Adeq
Bahan-bahan
Bahan doh
- 1kg tpg pulut
- 1cwn pulut hitam (blend dan ayak then campurkan ke dalam tepung pulut)
- 3sd besar minyak masak
- 1sd teh garam
- Air suam untuk bancuh adunan**Sebatikan semua bahan diatas sampai jadi doh
Bahan inti
- 1bji kelapa parut muda
- 1cwn gula (jadikan gula hangus, kalau tak nak buat gula hangus bole juga gqntikan dengan gula merah)
- Gula pasir untuk tambah rasa manis
- Daun pandan**campur semua bhan dalam gula hangus, masak dengan api perlahan smpai agak kering kemudian boleh angkat gentel inti bulat
Santan leleh
- 2bj kelapa (perah dan amik santan,anggaran dalam 4-5cwn santan)
- ½cwan tpg beras
- Garam ikut kesesuaian tapi seeloknya lebihkan masin sedikit)**masak atas api perlahan smpai likat, jangan trlalu likat ye sedang-sedang. Jika adunan nampak terlalu likat boleh tambahkan santan lagi
Cara Penyediaan
- Masukan inti kedalam doh dan bulatkan,
- Rebus doh dalam air panas kemudian tunggu timbul, angkat dan terus masukan ke dalam adunan santan.
- Sudukan adunan ke dalam daun pisang dan bungkus (sudukan sekali dengan santan leleh)
- ika nk tahan lama kukus sekejap dalam 5-7mnit. Selamat mencuba.
Kuih koci pulut hitam ini sesuai di buat hidangan minum petang, memang menggamit kenangan. Satu lagi kuih koci ini lelehan santan itu yang memainkan peranan dalam kuih koci, lagi banyak lelehan santan, lagi bertambah sedap kuih ini.
Resepi Menarik Yang Lain
Jika anda mencari resepi kuih yang lain, anda boleh skroll di laman kami ini. Banyak resepi kuih yang kami sediakan. Terima kasih kerana sudi singgah disini. Jangan lupa share ya.