Resepi Kerang Rebus Dengan Serai Mengimbau Kenangan
Resepi kali ini merupakan resepi kerang rebus yang suatu masa dahulu sangat popular kerana kerang murah masa itu dan ia merupakan sumber protin yang mudah didapati.
Saya sendiri ketika zaman anak-anak emak selalu masak lauk ini, zaman itu kerang sangat murah dan menjadi pilihan keluarga yang hidupnya kurang senang malah bahan-bahan yang digunakan sangat minima dan pembuatannya pula sangat mudah.
Baiklah bagi anda yang mencari-cari idea untuk hidangan keluarga berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- ½ kg kerang (bersihkan berulang kali hingga bersih)
Bahan hiris
- Bawang besar – belah 4
- Cili kering – potong pendek-pendek
- Serai – tumbuk pecah
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk ajinomoto
Kaedah
- Dalam periuk masukkan kerang dan buka api.
- Selepas itu masukkan air, bawang, cili kering dan serai.
- Biarkan ia megelegak akhir sekali masukkan garam dan serbuk ajinomoto.
- Bila kerang mulai terbuka tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
- Siap!
Penting untuk mencari kerang yang segar, paling mudah nak tau kerang itu elok atau tidak ialah bila beli dipasar cengkerangnya akan terbuka menunjukkan ia masih hidup. Malah kadangkala boleh lihat kerang-kerang ini bergerak ketempat lain. Apapun jangan lupa untuk mencuba resepi ini ye!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.