Resepi Kek Butter Oren
Resepi berikut ini merupakan gabungan kek butter bersama buah oren. Ianya merupakan salah satu jenis kek butter yang amat digemari. Ia juga popular dari zaman 70an lagi. Namun biasanya ia mengguna marjerin seperti planta sebagai bahan utamanya.
Perkongsian kali ini menggunakan butter blok dan juga buah oren yang segar. Ia memberi rasa dan aroma yang jauh lebih menarik dengan penggunaan kedua bahan tadi, Berikut adalah sukatan dan cara penyediaan kek ini.
Bahan-bahan
- 250g marjerin/butter
- 200 g gula halus/caster
- 5 biji telur gred B
- ½ sudu teh esen vanila
- 1 tsp oren emulco (pilihan)
- 230 tepung gandum
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 50g jus oren
- 1 tbsp parutan oren
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada susu 160-170 celcius.
- Kemudian griskan dan lapik dgn kertas loyang empat segi saiz 7” atau bulat sais 8”.
- Seterusnya pukul butter sebentar.
- Masukkan gula dan terus pukul hingga adunan pucat.
- Kemudian masukkan telur sebiji, terus pukul sehingga ia gebu.
- Kemudian masukkan telur yg kedua, pukul lagi dan pastikan ia gebu.
- Tambah telur yang ketiga dan sama, pastikan ia gebu.
- Terus tambahkan telur yang keempat dan pastikan ia sebati..
- Berhenti sebentar dan masukkan 1 sudu besar tepung gandum.
- Pukul sebati adunan, apabila telah sebati baru masukkan telur yang kelima.
- Pukul lagi adunan sehingga ia menjadi gebu.
- Berhenti sebentar dan masukkan baki tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
- Pukul lagi hingga sebati dan gebu.
- Kemudian masukkan jus oren pula.
- Perlahan-lahan pukul dan pastikan adunan gebu.
- Akhir sekali masukkkan emulco oren dan parutan kulit limau, terus pukul hingga semua bahan sebati.
- Hias dengan hirisan buah limau (jika suka) tapi kek akan lembab dibahagian tersebut.
- Bakar pada suhu 160 selama 60 minit.
- Apabila telah cukup masa, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak betul.
- Keluarkan dari oven dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit baru keluarkan dari loyang.
- Siap!
Jika anda tidak punya buah oren yang segar anda boleh gunakan jus atau kordial buah oren yang mempunyai rasa dan aroma yang lebih kuat. Resepi ini jika dibandingkan dengan resepi lain menggunakan dan sukatan yang sama, cuma pembuatannya sahaja berbeza menjadikan ia lebih sedap dan moist. Oleh itu diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.