Resepi Jeli Kelapa Goyang Masak Mulut Terus Hilang

Antara pencuci mulut yang paling popular terutama dimusim panas sudah tentulah jeli kelapa. Jeli kelapa ini adalah jeli yang diperbuat dari serbuk jeli kelapa yang boleh dibeli. Tetapi ia masih lagi memerlukan air kelapa dan isi kelapa sebagai bahan utamanya. Jeli kelapa amat popular dan senitisa mendapat permintaan yang tinggi. Terutama ketika musim panas patang dihidangkan ia pasti laku keras kerana rasanya yang tak terlalu manis dan juga isi kelapa dalam jeli kelapa ini memberi rasa yang memuaskan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Serbuk jeli kelapa 1 pek
  • Air kelapa 2 biji + air menjadikan ia 3 liter
  • Gula 200 gram
  • Daun pandan
  • Isi kelapa
  • Biji selasih siap rendam hingga kembang.

Kaedah

  • Dalam periuk masukkan air dan gula kacau agar gula sebati.
  • Masukkan daun pandan dan masak hingga ia mengelegak.
  • Taburkan serbuk jeli kelapa dan masak lagi dalam seminit dua dulu.
  • Dalam bekas dadih yang telah diisi isi kelapa yang telah siap dipotong-potong tuang adunan jeli kelapa tadi.
  • Sejukkan beberapa jam dalam petiais sebaiknya semalaman sebelum dihidangkan.
  • *jika anda ingin tambah biji selasih, pastikan ia telah siap direndam hingga kembang sebelum anda tambah sedikit didalam setiap bekas dadih bersama isi kelapa tadi.

Dalam resepi ini anda boleh mendapat dalam 35 cawan dadih yang kecil jadi ia sesuai jika hendak dibuat hidangan majlis majlis ataupun anda juga boleh buat jualan. Jeli kelapa ini boleh juga ditambah dengan biji selasih jika anda suka kerana ia memberi rasa yang lebih sedap dan juga boleh menyejukkan badan. Apapun selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain