Resepi sayur bayam kali merupakan sebuah resepi sayur bayam yang amat sedap. Masak sayur bayam lemak dengan keledek jika anda tidak pernah cuba, anda harus cuba. Ini kerana bahan yang digunakan amat ringkas dan minima. Biasanya masakan ini dimakan bersama nasi panas dan juga lauk bersambal, seperti sambal ikan atau ayam berlada.
Antara bahan yang digunakan selain dari bayam dan keledek ialah santan, bawang hiris, lada hitam dan ikan bilis. Amat ringkas dan minima, masakan amat mudah disediakan. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.
Resepi Bayam Masak Lemak
Bahan-bahan
- 2 ikat sayur bayam (potong & bersihkan)
- 3-4 tongkol keledek (saiz kecil)
- 3 ulas bawang merah
- Sedikit ikan bilis
- 1/2 st lada hitam
- 1 cawan santan pekat
- 2 gelas air
- Garam & gula
Kaedah
- Buangkan kulit serta potongkan keledek
- Rebus seketika, separuh masak, ketepikan
- Tumbuk bawang merah, ikan bilis & lada hitam
- Masukkan dalam periuk, air, bahan tumbuk & keledek
- Masak sehingga mendidih
- Masukkan garam, gula & santan
- Kacau supaya santan tidak pecah sambil masukkan sayur bayam
- Biarkan masak dan sedia untuk diangkat
Bagi anda yang tidak suka lada hitam, anda juga boleh menggunakan hirisan cili hidup (cili merah). Begitu juga selain dari ikan bilis anda juga boleh menggunakan udang hidup kerana ia lebih sedap. Untuk mempercepatkan proses masakan, keledek bolehlah direbus empuk lebih awal, bakinya boleh disimpan didalam bekas kedap udara dan simpan didalam petiais, kerana ia tahan untuk beberapa hari.
Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini dan sediakan masakan yang lebih berkhasiat untuk keluarga anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply