Resepi Ayam Rangup Salad Mangga Pilihan Sihat Berbaloi Try

Resepi yang pernah viral suatu masa dahulu iaitu,ayam crispy mango salad. Ayam yang digoreng rangup dan kemudian dimakan bersama salad mangga yang rangup bersama sos Thai yang masam-masam manis. Ayam digoreng lebih awal dengan tepung rangup dan kemudian salad mangga disediakan secara berasingan. Dimakan bersama sos masam manis resepi ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Walaupun nampak ada berbagai hidangan sampingan tapi sebenarnya senang sahaja nak buat hidangan ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Isi ayam atau boneless chicken (saya pilih bahagian whole leg)
  • Tepung ayam bestari

Kaedah

  • Mula-mula perasakan ayam dengan tepung ayam bestari dan tambah sikit air supaya dia basah-basah sikit.
  • Celup lagi dengan tepung ayam bestari sebelum digoreng tenggelam dengan minyak yang panas.
  • Tos minyak dan asingkan.

Bahan salad mangga 

  • Mangga muda lemak hiris panjang-panjang 
  • Bawang besar hiris nipis-nipis
  • Cili api potong kecil-kecil

Kaedah

  • Gaul semua

Bahan sos masam manis

  • 2 tbsp sos thai
  • 2 tbsp sos cili 
  • Gula secukup rasa
  • Asam limau nipis (kalau suka lebih masam)

Kaedah

  • Gaul semua hingga sebati dan adjust rasa ikut selesa.

Penyediaan

  • Potong ayam memanjang letakandalam bekas yang sesuai.
  • Letakkan salad mangga tadi
  • Akhir sekali tuangkan sos sebelum dihidang.
  • Siap!

Untuk menikmati keenakan salad mangga pastikan anda mencari mangga jenis lemak manis dan yang masih keras lagi. Untuk mencincang mangga gunakan penyagat atau alat yang sesuai kerana jika dihiris dengan pisau ia akan memakan masa yang lama. Apapun resepi ini amat berbaloi untuk dicuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain