Resepi Ayam Kacang Badam Try Sekali Nak Lagi

Resepi berikut adalah satu lagi masakan berasaskan ayam yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Kali ini resepi ayam yang menggunakan boneless chicken thigh yang biasanya digunakan untuk menyediakan chicken chop. Ayam kacang badam ini diinspirasikan dari ayam kacang tanah yang biasa digunakan untuk bbq. 

Antara bahan digunakan didalam resepi ini ialah bawang besar, putih, halia, serai dan sudah tentu kacang badam. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba. Berikut adalah bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1 ketul boneless chicken thight
  • *bawang besar
  • *bawang putih 
  • *halia
  • *serai
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kacang badam nib

Kaedah

  • Perasakan ayam dengan garam dan serbuk perasa.
  • Kisar semua bahan *
  • Perap ayam bersama bahan kisar.
  • Air fryer 20min pada suhu 200c atau grill diatas kuali leper hingga ayam masak.
  • Ayam ini boleh juga dijadikan bbq.

Masakan ini boleh dimakan bersama nasi atau salad, terpulanglah pada kreativiti anda Kebiasaanya kacang tanah dikisar bersama semua bahan namun kali ini kacang badam ditambah secara berasingan menjadikan kacang badam lebih rangup bila dibakar bersama ayam. Saya hidangkan ia bersama avocado namun anda boleh ratah terus atau cicah dengan cili sos atau kuah kacang!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain