Resepi Rendang Ayam Masak Cili Api Style Nogori
Rendang Negeri Sembilan agak sedikit berbeza dengan rendang yang lain. Rendang Negeri Sembilan memang agak pedas sinonim dengan trademark mereka yang suka dengan pedas. Sesekali anda cuba rendang ayam masak cili api pun tak salah kan. Kalau anda nak kurang kan pedas pun boleh. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi impit. Tak semestinya nak tunggu Raya baru kita nak masak Rendang kan? Kalau anda craving boleh cuba resepi ini yang dikongsikan melalui Facebook Norzy Yusuff
Bahan-Bahan
- 2 ekor ayam (digoreng 1/2 Masak)
- Bwg kecik 1/2 kilo*
- Bwg putih 2 labu*
- Halia*
- Serai 6 Btg*
- Ibu kunyit 3 ketul*
- Cili api merah 1 1/2 genggam* (tambah kalau nak pedas)
- Rempah 4sudu ** (di buat sendiri ~ resepi di bawah)
- Santan 2kilo
- Kerisik 3 sudu
- Daun kunyit 4helai
- 1 kpg Asam Keping, garam, gula, cukup rasa (optional)
- Bahan * diblender halus
Cara Penyediaan
- Satukan bahan*, rempah** & santan sampai pekat.
- Masukkan ayam kacau.
- Masukkan kerisik, asam keping, daun kunyit, garam & gula.
- Kacau sampai masak dan keringkan.
Ramuan rempah
- Kulit Kayu manis 1 batang (di pecah kecil). Bunga lawang 2 kuntum. Buah pelaga 4 ulas. Ketumbar 200g. Jintan kasar 1 sudu. Jintan halus 2 sudu**
- Semua bahan di atas disangai kemudian di blend halus.
- .REMPAH ni optional bukan semua Warigh Nismilan masukkan rempah.
Rendang ayam masak cili api ini memang sesuai bagi penggemar makanan pedas. Lagi banyak cili api yang anda letak lagi berpeluh bila anda makan.
Resepi Menarik Yang Lain
Bila dah cuba resepi ini, anda jangan lupa cuba resepi kami yang lain. Banyak resepi yang ada kami kongsikan untuk anda. Terima kasih kerana sudi membaca resepi dari kami.