Adakah anda pernah mencari hidangan yang pantas, mudah, dan pasti menepati citarasa anda? Kadang-kadang apabila kita seorang yang sibuk tapi masih ingin menyediakan sarapan untuk anak-anak pasti kita mencari idea sarapan pagi yang mudah dan praktikal kan?
Resepi puff sardin ini cukup mudah nak tak menggunakan banyak bahan, hanya menggunakan kulit pastri yang boleh dibeli di kedai dan membuat inti sardin. Cukup mudah. Jika anda kreatif pelbagai bentuk boleh di buat untuk menarik perhatian anak-anak. Resepi puff sardin ini yang dikongsikan oleh Mastura Razali yang mendapat banyak perkongsian di Facebook.
Bahan-bahan
- Kulit pastry
- Sardin
- Bawang putih, bawang holland
- Cili
Cara Penyediaan
- Hancurkan sardin tumis bawang putih, bawang holland, cili sampai garing.
- Masukkan sardin masak sampai agak kering perasakan dengan garam gula dan siap untuk inti.
- Lipat kulit pastri dan tekan dengan garfu,
- Kuning telur untuk sapu atas pastry,
- Tabur pasley (optional)
- Sedia untuk di bakar dan bakar suhu 200c dan 20mnt.
Resepi puff sardin ini juga boleh digoreng jika anda tiada oven. Jika anda penggemar pedas, boleh juga tambahkan cili padi dalam resepi ini. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Yang Lain
Pelbagai resepi yang mudah dan menarik telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami dan jangan lupa share ya!
.
Leave a Reply