Resepi Nasi Minyak Paling Lazat Di Alam Semesta
Nasi Minyak merupakan menu yang paling popular dihidangkan semasa majlis keraian seperti majlis perkahwinan. Ianya telah sebati dengan rakyat Malaysia dan telah menjadi salah satu budaya yang diraikan bersama. Nasi minyak juga dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Maka benarlah, simbol perpaduan rakyat Malaysia terletak daripada makanannya.
Kali ini kami bawakan resepi nasi minyak yang sangat mudah untuk disediakan. Ianya hanya terdapat dua langkah sahaja dan mempunyai bahan – bahan yang ringkas. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menyediakan resepi ini pada bila – bila masa. Nasi minyak ini juga amat lazat dan menyelerakan. Ianya sesuai dihidangkan bersama pelbagai lauk seperti ayam masak merah dan daging masak hitam.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Mimi Hzrn dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, apa tunggu lagi! Jom kita tengok resepi nasi minyak ini!
Resepi Nasi Minyak
Bahan – bahan:
- Bawang Putih (hiris nipis)
- Halia (hiris nipis)
- Bunga Lawang
- Buah Pelaga
- Kulit Kayu Manis
- Daun Pandan
- Minyak Sapi
- Garam
- Susu Cair
- Sunquick – 1 sudu
Cara – cara memasak:
- Tumis semua bahan dan masukkan dalam beras yang dah dibasuh dan ditoskan.
- Masak nasi seperti biasa.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.