Resepi Laksam Paling Hipster Semua Orang Kagum
Kali ini kami bawakan resepi laksam paling hipster di abad ini. Mesti ada yang tertanya – tanya, kenapa hipster? Ini kerana rupanya yang lebih unik digabungkan bersama warna pastel yang sangat cantik. Laksam ini juga dihasilkan sendiri menggunakan tepung beras dan tepung gandum. Ianya merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Pantai Timur. Namun begitu, ianya telah banyak diinovasi mengikut kepada citarasa masyarakat setempat.
Resepi laksam kali ini juga sangat mudah untuk disediakan. Ianya sangat lazat kerana rasanya yang merupakan gabungan kuah menghasilkan rasa yang mengasyikkan. Selain itu, bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Bahan – bahan seperti ikan sardin, bawang dan santan boleh didapati di pasaraya berdekatan.
Resepi ini dikongsikan oleh Ada Suhaq dan mendapat perkongsian ramai. Jadi, mari kita lihat resepi unik laksam hipster!
Resepi Laksam
Bahan – bahan:
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 5 cawan air suam
- 1/2 sudu kecik garam
- 3 sudu makan minyak masak
Kuah:
- 1kg ikn sardin/selayang
- 7-8 biji bawang merah
- Lada hitam sesudu
- Asam keping
- Garam sesedap rasa
- Gula sesedap rasa
- Belacan
- Gula melaka/nissan
- Santan kara sekotak besar
Cara – cara memasak:
Laksam:
- Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan letakkan pewarna makan ke dalam adunan secara berasing – asing.
- Kukuskan laksam dengan api yang besar. Agak – agak gelembung di dalam 4 ke 5 minit, dikira masak.
- Apabila sudah suam, kemudian gulung.
- Sapukan minyak dengan bancuhan tepung.
- Kukus dengan tudung periuk yang dibalut tuala.
- Siap!
Kuah:
- Rebuskan ikan bersama garam, asam keping dan gula melaka.
- Kemudian, kisarkan air rebusan bersama bawang merah dan lada hitam.
- Masakkan sekali bersama santan dan sedikit air.
- Perasakan bersama gula dan garam.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!