Resepi Kuih Cara Daging Menggunakan Takoyaki Pan

cara daging

Kuih Cara Daging amat popular dihidangkan sebagai hidangan minum petang serta dihidangkan pada majlis perkahwinan sebagai pencuci mulut. Kuih cara daging ini merupakan hidangan pencuci mulut savoury khas buat pencinta daging. Rasanya yang lazat dan enak amat disukai oleh lapisan masyarakat Malaysia.

Cara pembuatan kuih cara daging ini ialah dengan meletakkan adunan tepung ke dalam bekas kuih sebelum dimasak sehingga separuh masak. Ianya kemudian dimasukkan segala inti dan ditutupi kembali dengan adunan tepung tersebut. Kuih savoury ini boleh dijadikan salah satu menu minum petang yang boleh anda hidangakan kepada para tetamu yang datang ke rumah anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan mendapat banyak likes di media sosial. Jom tengok!

Kuih Cara Daging

cara daging
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Inti:

  • 100gm daging cincang
  • 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 1 sb rempah kari daging dibancuh dengan 3 sb air panas
  • Daun sup
  • Gula dan garam secukupnya

Bahan Tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sb kunyit atau sedikit pewarna kuning
  • Garam

Cara – cara memasak:

Inti:

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
  3. Masak sehingga daging kering.

Adunan:

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.
  2. Sapukan minyak pada takoyaki pan dan panaskan atas api kecil.
  3. Apabila pan sudah panas, tuangkan adunan kuih cara.
  4. Kemudian, letakkan daging, daun sup dan daun bawang serta cili.
  5. Masakkan atas api kecil. Cucuk lidi, sekiranya tidak melekat dikira sudah masak.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Resepi Menarik Lain