Siapa tidak kenal dengan kuih abok-abok? Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisi yang kelazatannya tetap kekal dalam ingatan.
Kuih abok-abok berbahan asas sagu. Kuih ini dimasak dengan cara dikukus. Sagu yang lembut dipasangkan dengan kelapa parut dan gula merah yang dibungkus daun pisang.
Tidak susah pun kalau teringin buat sendiri. Hanya main letak-letak bahan dalam corong daun pisang dan kukus hingga masak. Keistimewaan abok-abok ialah, ia akan mengeluarkan aroma harum wangi yang berasal daripada bungkus daun pisang dan gula Melaka.
Abok-abok sesuai untuk dihidangkan dalam majlis-majlis rasmi dan tak rasmi sebagai hidangan pencuci mulut. Untuk resepi lengkap sila baca perkongsian daripada MariaKhalisya Khalis di bawah ini.
Resepi Kuih Abok-Abok
Bahan-bahan :
- 1 cawan sagu biji,
- 3 cawan air biasa,
- Gula merah ½ cawan,
- 5 sudu makan gula putih,
- Kelapa parut ½ biji,
- Daun pisang secukupnya, lap bersih, layurkan atas api.
- Garam ½ sudu kecil.
Cara-cara :
- Rendam sagu dengan air sampai meresap semua selama 30 minit.
- Toskan hingga tidak ada air meleleh.
- Campur sagu dengan kelapa dan garam, gaul rata.
- Dalam bekas lain campur gula merah dan gula putih, gaul rata.
- Lipat daun pisang macam corong.
- Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.
- Kemudian masukkan gula ½ sudu. Ikut kalau suka manis, bubuh lebih.
- Lapisan paling atas, masukkan lagi sagu. Ratakan dan bungkus kemas.
- Jika sudah siap semua, kukus dalam 30 minit menggunakan api sedang. Siap.
Resepi Menarik Lain
Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Selain resepi kuih abok-abok, kami menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.
Leave a Reply