Resepi Kari Ayam Kentang (Paling Padu)

kari ayam kentang

Sila menjamu selera tengah hari dengan lauk yang menyelerakan. Resepi kari ayam tanpa santan yang kami kongsikan di bawah ini ialah keinginan orang ramai.

Apa yang anda tahu serta apa kebiasaan anda tatkala masak kari ayam? Ya semua mesti tahu kari ayam ialah hidangan bersantan dimasak dengan rempah ratus hingga terhasil rasa enak dengan potongan ayam yang lembut.

Namun, setiap lauk ada peneman lain dicampur di dalamnya yang membangkitkan citarasa lazat yang merangsang. Pada kari ayam, kami memilih kentang sebagai pelengkap sehingga jadilah ia kari ayam kentang. Bahkan, kari ayam kentang termasuk antara lauk segera dalam tin keluaran jenama terkenal.

Kari ayam kentang juga termasuk menu tradisi yang patut dikekalkan. Jom cuba masak kari ayam kentang sedap resepi daripada Aslyna Nor Hassan di laman Facebook. Makan dengan nasi putih atau roti. Selamat mencuba.

Resepi Kari Ayam Kentang

kari ayam kentang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam seekor,
  • *Bawang merah 5 biji,
  • *Bawang putih 3 ulas,
  • *Halia 1 inci,
    (Blend bahan yang bertanda *).
  • Tomato 4 biji (dipotong dadu),
  • Ubi kentang (terpulang),
  • Daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap),
  • Yogurt ori 5 sudu (yang tidak ada perisa),
  • Serbuk kari 6 sudu penuh.

Cara-cara :

  1. Tumis semua bahan blend bertanda *.
  2. Kemudian masukkan tomato.
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian msukkan ayam dan kentang.
  5. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih hingga ayam masak.
  6. Kemudian masukkan yogurt.
  7. Akhir skali masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ayam kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *