5 Resepi Siput yang Memikat Selera untuk Pencinta Makanan Laut
Siput merujuk kepada sejenis haiwan invertebrata yang memiliki cangkerang luar yang keras dan biasanya hidup di perairan, daratan, atau dalam tanah. Dengan tekstur yang kenyal dan rasa yang memikat, siput bukan hanya sedap dimakan, tetapi juga kaya dengan khasiat nutrisi.
Dalam masakan tempatan, siput sering digunakan dalam pelbagai hidangan, dari sup hingga masakan pedas, memberikan sentuhan istimewa pada setiap sajian. Dalam artikel ini, kita akan meneroka beberapa resepi siput yang mudah dan lazat, sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga.
1. Resepi Siput Sedut Masak Cili Api
Resepi pertama adalah siput masak lemak cili api. Nak buat versi berkuah boleh nak dapatkan tekstur pekat pun boleh. Resepi dari Zainon Sekor.
Bahan-bahan
- 2 paket siput sedut
- 17 biji cili api- saya guna cili akar campur 13 biji dan 4 biji cili padi merah, nak pedas tambah lagi
- 2 batang serai-ketuk hujung
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 3 biji bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 helai daun kunyit-dicarik dan diikat
- 1 kotak kecil santan kata
- Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
- 2 asam keping
Cara penyediaan
- Bersihkan/berus siput, buang hujungnya guna plier laju sikit potong hujung siput.
- Tumbuk cili api, kunyit hidup, halia dan bawang.
- Setelah semua lumat titikkan serai.
- Masukkan bahan yang telah di tumbuk, serai bersama siput dalam periuk, gunakan api perlahan.
- Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam, cukup rasa, asam keping dan daun kunyit berserta santan, kacau lagi sehingga mendidih.
- Biarkan mendidih sebentar, rasa cukup asam garam baru tutup api.
2. Resepi Siput Kemudi Buttermilk
Siput kemudi mungkin ramai tak pernah tahu, tapi kalau nak tahu siput kemudi berbeza dengan siput biasa. Saiznya juga lebih besar. Resepi dari Hanimr Ee ini anda boleh cuba.
Bahan-bahan
- 4biji isi siput kemudi
- 4 ulas bawang putih ditumbuk/cincang **
- 2 batang serai dihiris halus dan ditumbuk**
- 2 tangkai cili api hijau**
- 1 tangkai ciliapi merah**
- 3-4 hirisan cili besar merah (hiasan)
- 3 sudu besar mentega
- 1/4 cawan susu sejat
- 1/2 sudu kecil garam
Cara penyediaan
- Panaskan mentega dgn api sederhana
- Masukkan bahan2 bertanda ** sehingga naik bau.
- Masukkan isi siput dan gaul selama 2 minit.
- Masukkan garam
- Kuatkan api…dan
- Curahkan susu sejat sambil kacau/gaul (gunakan sudip) proses ni hanya 10-15 saat dan tutup api.
3.Resepi Siput Gulai Lemak Kuning Daun Kaduk
Nak makan siput jangan takut-takut sebab nak menyaing siput bukan satu hal yang mudah. Resepi dari Nur Lieyza menggunakan siput sawah dalam hidangan gulai lemak kuning.
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Kunyit hidup
Kisarkan semua
Cara penyediaan
- Masukkan bahan yang sudah diblender dalam santan.
- Masukkan daun kaduk dengan daun kesum masukkan garam dan ajinomoto.
- Kacau sekejap dan masukkan siput bagi dia menggelgak seketika sambil terus di kacau.
4. Resepi Siput Buluh Masak Sambal Serai
Pepahat atau siput buluh ini senang dijumpai kalau anda di kedai ikan bakar. Sedap rasanya. Resepi dari Azliana Mohd pun mudah.
Bahan-bahan
- Pepahat @ Siput buluh
- Bawang Putih
- Bawang merah kecik
- Serai
- Daun limau purut
- Cili kecik
- Lada boh
Cara penyediaan
- Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili kecik, daun limau purut sikit, serai.
- asuBh bersih pepahat @ siput buluh.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yaNg ditumbuk biarkan sedikit garing dan masukkan lada boh @ lada kering kisar.
- Biar sehingga masak perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan pepahat @ siput buluh dan kacau rata.
- Masukkan sedikit air,dan kacau lagi sehingga sebati.
- Jangan masak lama sangt dan jangan kacau terlalu kuat, sebab kulit siput buluh @ pepahat terlalu rapuh.
- Biarkan sehingga isi siput buluh @ pepahat sedikit kecut.
5. Resepi Siput Sudu Goreng Lada
Siput sudu atau kepah juga memang sedap dimasak dengan pelbagai jenis hidangan. Resepi dari Siti Fatimah ini memang nampak menarik. Ada rasa pedas sesuai dengan anda jika peminat makanan pedas.
Bahan-bahan
- Siput sudu grg lada + ubi kentang*
- 2kilo siput sudu rebus 15min (ambil isi)
- lada hitam 1 sudu kecil
- halia 1 inci
- Bwg kecik 3ulas
- Bwg putih 1 ulas
- Sedikit garam, gula
- Sebiji bwg besar
- Cili padi 6 biji
- Cili merah sebiji
- Sedikit daun bwg
Cara penyediaan
- Tumiskan siput masak sampai kuah kering…
- Kemudian masukkan air asam jawa dan pati ayam setengah ketul.
- Masak sampai kuah betul pekat.
- kemudian masukkan bawang besar sebiji, cili padi, cili merah dan daun bawang dan dah siap.
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi menarik yang telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa cuba ya resepi ini. Terima kasih juga untuk sokongan anda.