10 Koleksi Resepi Donut Penuh Rasa untuk Peminat Kuih
Kuih lama masih lagi mendapat perhatian, salah satunya kuih donut. Siapa sahaja tidak suka dengan donut, dari yang kecil sampai dewasa suka dengan kuih ini. Donut diperbuat daripada adunan tepung yang digoreng dan boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis topping.
Donut yang digoreng memiliki tekstur yang lembut di dalam dan sedikit rangup di luar, bergantung kepada cara penyediaan. Biasanya adunan donut digoreng dalam minyak panas hingga rangup, tetapi terdapat juga versi donut yang dibakar.
Seiring dengan peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis variasi donut yang kita boleh lihat. Semuanya ini bergantung dengan kreativiti seseorang tersebut unttuk menarik perhatian si pembeli.
1. Resepi Donut Susu Tanpa Telur
Dulu pernah viral donut susu ini, jika pandai uli memang lebut hasilnya. Resepi dari Mazni Ilham ini donut tanpa telur. Jika ada alahan telur boleh cuba resepi ini.
Bahan-bahan
- 1/2 cwn air suam
- 1/2 paket mauripan
- 1 sudu gula
- 1 sudu susu pekat
- 2 cwn tepung gandum
- 1 sudu marjerin
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- Garam secubit
Cara penyediaan
- Gaul sampai sebati semua, masukkan air yis tadi sikit-sikit , tak cukup tambah air suam, uli sampai doh tak lekat pada tangan.
- Bentukkan bulat rehatkan sekejap. Bila dah naik elok buat lubang tengah dan bolelah goreng.
- Biar donut sejuk sikit boleh la golekkan dengan campuran gula halus + susu tepung.
2. Resepi Donut Gebu
Donut yang gebu dan tidak keras memang sedap dimakan. Ada tips sebenarnya yang anda boleh cuba kalau nak dapatkan tekstur donut gebu ini. Jom cuba resepi dari Meq Sue Sirak.
Bahan-bahan
- 250g tpg high protein
- 2 sudu B gula kastor
- 2 sudu B susu tpg
- 4g yis
- 1/2 camca teh garam
- 5g cream super
- 35g Marjerin
- Air sejuk peti ais+ 1 biji kuning telur – jadikan 130g – 140g
Cara penyediaan
- Campurkan semua bahan boleh uli guna bm atau mixer. Apa yg penting uli doh sampai ELASTIK.
- Siap uli boleh terus rounding.
- Habis rounding rehatkan doh lebih kurang 10 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
- Perap selama 45 min -1 jam sehingga donut kembang & ringan (bergantung pada keadaan suhu persekitaran & kadar penggunaan yis).
- Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
3. Resepi Donut Tanpa Rehatkan Doh
Resepi dari Noorazline Ridda sesuai untuk anda yang baru nak buat donut. Resepi tanpa rehatkan doh ini rugi tak cuba. Memang gebu dan lembut!
Bahan-bahan
Bahan A
- Yis – 2 sudu besar
- Susu pekat – 2 sudu besar
- Air suam – 3/4 cawan
- Garam – 1 sudu teh
Bahan A di atas campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang
Bahan B
- Marjerin – 2 sudu
- Tepung gandum – 2 cawan
Gaulkan bahan B di atas guna tangan
Cara penyediaan
- Campurkan bahan A & bahan B.
- Uli guna tangan je sampai tiada adunan melekat dekat tangan.
- Bulatkan doh jadi lebih kecil.
- Buat bulatan kecil dekat tengah. Tarik guna jari je.
- Dah siap boleh terus goreng. Tengah goreng nanti pasti donut kembang.
- Boleh salut gula or coklat or anything yang korang suka.
4. Resepi Donut Kuning Susu Gebu
Donut minion, kenapa minion? sebab warna donut ini berwarna kuning. Resepi unik ini dari Fienaz Shafie adalah donut susu tapi ditambah pewarna kuning untuk penambah seri. Cantik kan?
Bahan-bahan
- Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit
Bahan uli
- 1 cwn Tepung Gandum
- 8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
- 1 biji telur gred A
- 1/2 sk baking powder
- 1/2 sk garam
- 1sb gula kastor
- 1/4 cawan full cream milk
- 1sb Majerin – guna cap Pelangi
- 1sb K-fine cream super
- Pewarna kuning
Cara penyediaan
- Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
- Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
- Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
- Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senang nak masak).
- Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut.
- Tutup sekejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang, kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
- Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icing + susu tepung.
- NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
5. Resepi Donut Gebu Tanpa Acuan
Nak resepi donut gebu yang lagi ringkas? Anda boleh cuba resepi dari Cahaya Adilah ini. Tidak perlu guna sebarang acuan pun boleh dapatkan hasil yang gebu.
Bahan-bahan
- 250g tpg high protein
- 2 sudu B gula kastor
- 2 sudu B susu tpg
- 4g yis- sis guna brand saf
- 1/2 camca teh garam
- 5g cream super
- 30g Marjerin
- Air dr peti + 1 biji kuning telur jadikan 135g – 140g
- Untuk donut red velvet, campur 1tsp red velvet emulco & serbuk Koko
Cara penyediaan
- Campurkan semua bahan boleh uli guna bm atau mixer. Apa yg penting uli doh sampai elastik. Doh dah ok kalau kita basahkan jari kita dan cucuk atas doh, doh tak melekat.
- Siap uli boleh terus rounding. Rounding kena cantik supaya hasil pon cantik.
- Habis rounding rehatkan doh lebih kurang 10-15 min. kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
- Perap selama 40-45 minit sehingga donut ringan baru goreng. Goreng dalam minyak panas. Baru boleh dapat white ring cantik.
- Jangan terover proofing ya! Nanti donut mengecut balik dan tidak akan kembang.
- Goreng guna api perlahan sahaja balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
- Sukatan sudu guna sudu metrik.
- Kalau takde kfine, ganti bread improver/ baking powder double action 1/2 tsp utk 250gm tpg.
6. Resepi Donut Gebu Versi Breadmaker
Kalau anda ada breadmaker lagi mudah, tak perlu uli. Campurkan sahaja semua bahan dan biarkan breadmaker “bekerja” untuk anda. Resepi dari Tuan Adriana Arissa.
Bahan-bahan
- 300g tepung gandum/HP
- 5g yis
- 40g gula castor
- Sedikit garam
- 140ml susu fresh milk/full krim
- 1 biji telur
- 40g marjerin/butter
Cara penyediaan
- Masukkan susu dgn telur dulu di bahagian bawah.
- Kemudian baru masukkan bahan lain. Garam dan yis hendaklah berjauhan. Set Dough dan uli sehingga siap.
- Boleh diterap menjadi donut. Saya timbang 35g setiap biji. Tips menggoreng jangn balikkan banyak kali barulah ada ring.
7. Resepi Donut Red Velvet
Secantik namanya. Buat penggemar red velvet rugi tak cuba resepi donut red velvet yang gebu ini dari Nur Suhaila Che Lah.
Bahan-bahan
- 3 sudu yis/mauripan
- 3 sudu gula
- 1 gelas air suam
- 1kg tepung high protein/gandum
- 3 sudu susu pekat
- 3 sudu majerin
- secubit garam
- 1½ red velvet emulco
- (satukan dan gaul)
Cara penyediaan
- Masukkan yis yang dah menaik dengan jayanya ke dalam tepung yang dah digaul dengan sebati.
- Uli doh sehinga sebati dan tidak melekat di tangan.
- Biarkan doh mengembang dengan jayanya.
- Tumbuk bagi angin keluar (doh yang dah kembang).
- Uli semula dan bentukkan.
8. Resepi Donut Versi Adunan Tanpa Pelembut Roti
Kalau nak buat donut tanpa pelembut roti pun boleh dapat tekstur yang gebu. Tak percaya boleh cuba resepi Nurul Ijlah ini confirm jadi.
Bahan-bahan
- 250g tpg hp
- 1 biji kuning telur
- 120ml-150ml susu full cream
- 1 sdb susu tepung fernleaf full cream
- 40g gula
- 30g butter
- 2-3g yis
- 500g boleh gandakan adunan
Cara penyediaan
- Masukkan susu full cream dan telur dalam bm, masukkan tepung, susu tepung, gula dalam bm, set masa uli lebih kurg 45 minit, 10 minit pertama masukkan butter, dan 10 minit terakhir baru msukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh.
- Dah uli boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
- Tips goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak mlekat ditangan dan rasa ringan, bila ditekan guna jari doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit sahaja, kalau tak ada kesan jari masih belum boleh goreng sebab still underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal, api kena slow dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara 1 kali balik.
- Untuk salutan, guna sukatan 2:1, susu tepung 2 sdb gula castor 1 sdb, blendkan dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
9. Resepi Donut Kampung
Donut kampung memang ada peminat tersendiri. Rasa gebu dan sedap dimakan ketika sarapan pagi. Resepi dari Ameerah Muhsinah Jamil.
Bahan-bahan
- 2 cawan Tepung Gandum
- 3/4 sudu teh Yis
- 3/4 cawan Air Suam kuku
- Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**
- 1 sudu besar Gula Pasir
- 1/2 sudu teh Baking Powder
- 1 sudu besar Marjerin
- 1/4 sudut teh Garam
- Salutan : Gula Kastor/Gula Halus
Cara penyediaan
- Masukkan tepung gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata .
- Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit.
- Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan. Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum.Kemudian tutup selama 10 minit
- Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit.
- Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit).
- Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja.
- Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam.
- Tips : Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .
- Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda
10. Resepi Donut Keladi
Donut keladi berwarna unggu tapi tak kuat pun rasa keladi. Sedap dan gebu donut keladi ini. Resepi dari Elva Asni Haji Helmy.
Bahan-bahan
- 1biji telur + air sejuk = 310gm
- 4gm garam
- 4 sm gula
- 30gm susu tepung
- 70gm majerin
- 5gm super cream
- 5gm bread improver
- 25gm potato flakes
- 520 gm tepung high protein
- Perisa keladi
- Pewarna ungu
- 8gm yis
Cara penyediaan
- Uli semua bahan-bahan kecuali yis.
- Lepas 10 minit masuk kan yis
- Uli lagi sampai elastik (bila tarik doh, tak koyak)
- Dah siap uli, terus timbang 35gm (ini saiz yang saya buat ikut gambar ni)
- Bentuk kan jadi donut, tunggu doh kembang dalam 1 jam – 1.5 jam..
- Goreng dengan minyak banyak.
Resepi Menarik Yang Lain
Terdapat banyak lagi resepi menarik yang lain lebih mudah dan sedap kami sediakan untuk anda. Jangan lupa untuk berkongsi resepi ini dengan yang lain ya!