Himpunan Resepi Daging Dengan Pelbagai Jenis Masakan

Bila sebut daging pasti anda terfikir cara melembutkan daging ketika nak masak kan? Ada daging tak perlu rebus terlalu lama dah lembut, ada pula bahagian daging perlu direbus mengambil masa yang lama. Pelbagai kaedah dan teknik yang ada untuk melembutkan daging antaranya ialah meletak sudu atau garpu semasa merebus.

Itu teknik lama, sekarang mengikut peredaran zaman, anda hanya perlu pressure cooker sahaja di rumah untuk melembutkan daging. Masa yang diambil pun tidak terlalu lama. Apabila dah tahu cara melembutkan daging, jom kita ketahui beberapa koleksi resepi daging yang sedap dan paling pasti mudah untuk anda cuba.

Resepi Daging Masak Itam

Resepi pertama daging masak itam ini selalu kita nampak sewaktu majlis kenduri kahwin kan? Rasa manis dan penuh rempah lauk ini amat menyelerakan. Jom baca resepi dari Yayar B. Awang Noh.

Bahan-bahan

  • Daging 1.5kg dptong dan direbus 8 mnit periuk tekanan tinggi.

Bahan kisar

  • 2 bawang besar
  • 2 btg serai
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit halia

Bahan tumis

  • 2 bawang merah atau besar dihiris nipis

Bahan lain

  • 1 sudu jintan manis
  • 1sudu jintan putih
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar cili kering
  • 3 sudu gula melaka
  • Garam dan aji
  • 4 sudu kicap pekat

Cara Penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang yang dihiris nipis. sehingga perang.
  3. Masukkan bahan kisar. masak sehingga perang.
  4. Masukkan cili kering kisar.
  5. Masukkan gula melaka.
  6. Masukkan kicap pekat.
  7. Perasakan.
  8. Masukkan daging dan masak sehingga sekata.

Resepi Lasagna Daging

Jika anda peminat western, anda boleh cuba resepi lasagna daging ini dari Nur Hazlina Othman. Lasagna ini dimasak dengan lapisan daging dan keju. Memang kenyang makan lasagna ini.

Bahan-bahan

Bahan inti

  • Daging kisar (1paket 400g) guna brand Ramly
  • Sos spageti (1 tin)
  • Sos cili
  • Bawang holland(1biji) – cincang
  • Bawang putih (5ulas) – cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Sos putih :

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping keju

Cara Penyediaan

Inti

  1. Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air.
  3. Masukkan sos spagethi, sos cili. Kacau.
  4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
  5. Siap dan ketepikan.

Sos putih

  1. Cairkan mentega.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
  3. Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
  4. Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
  5. Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
  6. Susun selang seli.
  7. Lasagna, inti, sos putih. Buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
  8. Bakar pada suh u 150’C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..

Resepi Daging Masak Ketumbar

Selalunya lauk paling mudah lah paling bertambah pinggan kan? Resepi daging masak ketumbar ini memang sedap kalau makan bersama nasi panas. Resepi mudah dari Aziah Nima.

Bahan-bahan

  • Daging lembu 1 kilo
  • * Bawang besar
  • * Bawang putih
  • * Cili merah
  • * Kunyit hidup
  • * Halia
  • * Biji ketumbar 2 sudu
  • Serai 2 batang di ketuk
  • Asam jawa 1 sudu
  • Gula 1 sudu
  • Bawang Holland potong2 kasar, cili padi hijau, cili padi merah masukkan last sekali untuk garnish

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan yang bertanda * diatas lepas tu perap kan dengan daging dan asam jawa dan gula dalam satu jam.
  2. Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang korang dah perap tadi, daging ni akan keluarkan air yang banyak korang tutup kuali tunggu kering sikit pastu tambah lagi air paras daging tadi pastu tutup balik api sederhana. Kerap kacau ya jangan sampai hangus.
  3. Bila air daging dah kering dan dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (sukahati korang la nak letak serbuk perasa brand apa), masukkan bawang holland dan cili padi sebiji kacaukan sekejap patut tutup api. Siap!

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi simple yang ini tak perlu cakap banyak lagi memang menjadi lauk favourite makan pula bersama sambal dan nasi panas memang terangkat. Resepi ini dari Fariza Hadi.

Bahan-bahan

  • Daging
  • Sedikit tulang lembu – 1 kg daging,, 1/4 kg tulang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Perasa
  • Sedikit gula

Cara Penyediaan

  1. Gaul daging + tulang bersama kunyit, garam, perasa, gula.
  2. Panaskan minyak.
  3. Masukkan daging + tulang. Goreng kejap.
  4. Masukkan air.
  5. Masak sehingga empuk, kalau kurang empuk, masuk lagi air.
  6. Bila dah empuk, air dah kering, tinggal minyak letak hirisan bawang holland, lada dan daun bawang.
  7. Dah siap.

Resepi Singgang Daging Kelantan

Lauk singgang ini amat popular di Pantai Timur. Resepi dari Tengku Syazwany ini cukup menyelerakan. Tak perlu guna banyak bahan pun dalam resepi ini.

Bahan-bahan

  • Daging
  • Halia 1 inci (hiris)
  • Lengkuas 1 inci (hiris)
  • Bawang merah 1 (hiris)
  • Bawang putih 2 (hiris)
  • Lada kering 5/6 (potong kecik)
  • Biji ketumbar 1sudu teh (tumbuk kasar)
  • Asam keping 2
  • Budu 1 sudu teh

Cara Penyediaan

  1. Daging ditumis dgn bahan-bahan hiris tumbuk dahulu tanpa air agar rasa bahan masuk dalam daging. (RAHSIA kesedapan singgang)
  2. Masukkan air & asam keping, rebus sampai daging empuk.
  3. Masukkan budu & perasa, Siap.

Resepi Pekasam Daging

Resepi pekasam daging ini tak perlu diperkenalkan lagi, tengok gambar pun dah terliur kan? Picit pulak limau nipis memang terangkat. Jom cuba resepi ini dari Norhidayah Mohd Aripin.

Bahan-bahan

Bahan dan cara perap pekasam

  • 3kg daging batang pinang
  • 10 ke 12 biji limau nipis
  • 3 genggam garam kasar (genggam ni masa sebelum basuh, dah basuh garam dah kurang)
  • 10 ke 12 keping asam keping
  • 3 cawan beras bakar atau sangai

Cara Penyediaan

  1. Basuh daging dan tos air.
  2. Gaul daging dengan garam, limau nipis dan asam keping.
  3. Biarkan separuh hari atau lebih 10 jam.
  4. Tak perlu masuk peti sepanjang tempoh perap. Jangan risau daging rosak, air limau akan “masak” daging.
  5. Kisar beras dan salut daging apabila daging sudah masin, masam elok.
  6. Boleh pek masuk dalam plastik, simpan dalam peti. Kalau buat banyak, masukkan lebihan pekasam ke bahagian peti beku untuk tahan lebih lama (1 ke 2 tahun).

Resepi Daging Harimau Menangis

Resepi daging harimau menangis ini tak perlu makan bersama nasi, cukup makan sebegitu sahaja dah enak. Dicicah pula bersama sos thai memang cukup mengasyikkan. Resepi ini dari Aisyah Humaira.

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk Daging batang pinang dihiris nipis (atau boleh juga bakar tanpa dihiris terlebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 inci halia ditumbuk lumat
  • 1 – 2 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar

Bahan Untuk Sos Pencicah Ala Thai

  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 7 biji cili padi ditumbuk atau hiris halus (suka pedas boleh lebihkan)
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu besar sos thai
  • 1 sudu besar sos abalone scallop
  • 3 sudu besar sos ikan nampla
  • 1 kecil sudu gula perang
  • 2 biji bawang merah kecil hiris nipis
  • 1 sudu gula kabung thai (kalau tak ada boleh lebihkan gula perang tadi)
  • 1-2 biji air perahan limau nipis
  • Daun ketumbar dihiris halus dan batang ketumbar diketuk
  • 2 sudu besar beras yg di sangai yg telah ditumbuk hancur (maksud sangai: masak tanpa minyak hingga hampir perang. Sentiasa kacau)
  • 4 sudu besar bijan putih disangai
  • Sedikit air kosong mengikut pekat atau cair kuah disukai

Cara Penyediaan

Daging

  1. Campur kesemua bahan diatas kedalam bekas berisi daging lalu sebatikan. Tutup bekas daging dan perap semalaman didalam peti.
  2. Cara masak boleh bakar atas arang,dalam oven atau salai diatas Pan sahaja sehingga masak
  3. Panggang hingga masak, Siap dan sedia dihidang bersama pencicah ala thai.

Sos Pencicah Ala Thai

  1. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera. Sos ini mestilah ada rasa pedas,masam manis dan savuri.

Resepi Daging Dendeng

Untuk resepi ini daging daging perlu ditumbuk dahulu baru dimasak bersama bahan masakan yang lain. Jom cuba resepi dendeng daging ini dari Maiza Azlyn.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging-potong besar

Bahan A – sediakan bahan goreng

  • 5 ulas bawang merah (bawang kecil) – hiris
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris

*goreng separuh garing semua bahan A dan ketepikan

Bahan B (Bahan tumis)

  • 1 btg kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 senduk cili kering yg telah diblend (tambah kalau nak pedas)
  • 3 ulas bawang merah (kecil) *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 1 inci halia *

kisar semua bahan bertanda *

Bahan lain

  • 3 btg serai-dititik
  • 4 helai daun limau purut *buang urat tengah
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • 1 asam keping size kecil

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang tumis sekejap.
  2. Masukkan semua bahan tumis/kisar tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kacau masukkan air rebusan daging (agak dalam semangkuk untuk renehkan daging).
  4. Masukkan daun limau purut dan asam keping.
  5. Tambahkan kicap manis dan kicap pekat jangan banyak tuang sikit takut masin.
  6. Masak hingga kuah sedikit pekat, masukkan bahan goreng (bahan A) dan masa sehingga daging betul sebati dengan bahan lain kalau nak kuah sikit jangan sampai pekat.
  7. Perisakan. memang tak payah letak garam sebab masin kicap dah cukup.

Resepi Serunding Daging

Nak buat serunding daging memang agak rumit dan penuh dengan kesabaran. Kalau anda nak cuba juga boleh ikut resepi dari Niza Zaini.

Bahan-bahan

  • 1 kilo daging (jadikan ketul kecil dan rebus empuk kemudian bila dah sejuk, carikkan daging, air rebusan simpan untuk masak nanti)

Bahan kisar

  • 1 kilo bwng besar
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Bawang putih setengah labu)
  • Cili kisar
  • 1kilo Santan pekat
  • Daun kunyit (dihiris nipis)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa ( optional)

Cara Penyediaan

  1. Leburkan semua bahan tadi didalam kuali kecuali santan dan daging.
  2. Biarkan mendidih seketika kemudian baru masukkan daging dan santan serta daun kunyit tadi kacau sekerap yang mungkin perasa semua kacau sampai kering.
  3. Bila kering guna garfu kedua belah tangan supaya daging tak berketul kecar sampai dapat texture serunding kering.

Resepi Rendang Daging

Rendang daging memang sinonim dengan juadah hari raya. Selain rendang ayam, rendang daging juga merupakan juadah yang selalu di masak. Jom baca resepi dari Suriani Mohd,

Bahan-bahan

  • Daging 4kilo

Bahan kisar

  • Bawang merah 20biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia 4inci
  • Lengkuas 3inci
  • Kunyit hidup 3inci / kunyit serbuk 2sudu
  • Serai 20
  • Cili kering 30 tangkai

Cara Penyediaan

  1. Bahan dihiris blend.
  2. Tumis bahan sampai pecah minyak. Masukan rempah kari babas 2 sudu + air,
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukan daging + air. Masak sampai lembut dan hingga kering.
  5. Masukan gula gabung 1/2 sahaja.
  6. Masukan santan kara 500ml air 1 kotak (guna kotak santan).
  7. Kerisik 500g.
  8. Garam & secukup rasa.
  9. Reneh sampai kering..
  10. Tabur daun kunyit / daun limau.
  11. Gaul dan siap. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Yang Lain

Pasti tak sabar nak cuba resepi yang kami kongsikan ini, Jangan lupa cuba! Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami dan jadikan sebagai rujukan masakan anda. Pelbagai lagi resepi menarik yang menanti ada di sini.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *