Resepi Aiskrim Sumi (Nak Lagi dan Lagi!)
Kalau dulu, aiskrim Malaysia hanya ada perisa bandung, milo ataupun asam boi. Namun kini, aiskrim Malaysia telah mengalami evolusi tau! Oleh kerana orang Malaysia yang amat kreatif, pelbagai jenis aiskrim Malaysia telah dihasilkan.
Antaranya adalah aiskrim sumi. Sumi merupakan jelly yang amat disukai oleh kita sewaktu kanak – kanak dahulu. Jadi, apabila kita makan aiskrim sumi ini, pasti ia dapat mengingatkan pada zaman kita kecil dahulu.
Resepi ini dikongsikan oleh Che Enon Aiskrim dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Aiskrim Sumi
Bahan – bahan:
- 15 Liter Air
- 11 Tin Pekat Manis
- Garam 4 – 5 sudu kecil
- 250 gram tepung ubi
- Susu cair
- Sumi
Langkah – langkah memasak:
- Masukkan semua susu dan garam kedalam periuk sampai habis.
- Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati. Buka api.
- Masak dengan api sederhana, dalam 10 minit kemudian, buka api besar.
- Tunggu adunan hingga mendidih dan kecilkan api dalam 5 minit. Biarkan sekejap mendidih api.
- Apabila sudah suam atau sejuk, bolehlah masukkan sumi.