Resepi Sambal Goreng Sardin (Lazat Menyelerakan)
Ingin masak hidangan bajet yang lazat? Apa kata anda cuba masak sambal goreng sardin. Confirm laku!
Resepi Sambal Goreng Sardin ini ringkas, sesuai untuk para pelajar, ibu – ibu bekerja atau sesiapa sahaja yang ingin memasaknya. Bahannya juga ringkas dan mudah untuk didapati. Jadi, tak susahlah untuk anda masak!
Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Sambal Goreng Sardin
Bahan – bahan:
- 1 tin sardin kingcup (kalau kecil ambil 2 tin sardin)
- 3 ulas bawang putih
- 4biji bawang merah india (kecil)
- 2 senduk cili kisar
- Garam
- Gula secukup rasa
Cara – cara memasak:
- Panaskan minyak, goreng ikan sardin (sos dia asingkan).
- Masak sehingga garing (tutup kuali mengelakkan dari kena letupan minyak).
- Tumis bahan tumbuk sehingga agak kekuningan dan masukkan cili kisar.
- Tumis sehingga pecah minyak, masukkan sos sardin kacau.
- Letak garam dan gula secukup rasa baru masukkan ikan.
- Gaul dan tutup api.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!