Resepi Air Teh 3 Layer Penuh Rasa Lemak Berkrim dan Beraroma

Air teh 3 layer rasanya memang lemak berkrim, dengan lapisan susu serta lapisan gula melaka memang membangkitkan lagi aroma teh 3 layer ini. Selalu anda lihat dan pesan teh ini di kedai, dan pasti tertanya-tanya bagaimanakah cara pembuatan teh ini sehingga menjadi lapisan yang cantik, kemas sudah semestinya rasa yang serasi. Kali ini kami kongsikan resepi teh 3 layer ini yang dikongsi melalui laman page Facebook Resepi Ibunda buat penggemar minuman ini.

Bahan-bahan

  • 3 ucang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair
  • Sedikit air
  • Ais

Cara Penyediaan

  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
  5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
  6. Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.

Rasa memang lemak berkrim dan penuh aroma, tapi ingat ya jangan selalu diamalkan untuk minum air teh 3 layer ini, takut penyakit lain yang datang, berpada dalam pengambilan minuman ini,

Resepi Menarik Yang Lain

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian resepi kali ini, Banyak lagi resepi menarik telah kami sediakan untuk anda cuba, Dah baca resepi ini sila share ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *