5 Resepi Air Soda Rasa Sungguh Menyegarkan
Bila cuaca panas memang sedap kalau dapat basahkan tekak dengan air yang menyegarkan. Dapat hirup air segar ini memang cukup lega. Salah satunya adalah air soda. Seperti kita ketahui air soda memang mempunyai gas tapi bila dicampurkan dengan bahan sampingan lain memang rasa fresh.
Resepi kali ini kami nak kongsikan resepi air soda untuk anda cuba. Tak susah mana pun nak cari bahan untuk buat resepi air ini. Pelbagai variasi yang ada anda boleh cuba nanti. Jom baca!
Resepi Air Soda Herbs
Salah satunya adalah air soda herbs. Puas rasanya dapat hirup secawan air ini. Bahan sampingan yang ada dalam air ini penyumbang kepada kesegaran air. Resepi dari Elle Mira.
Bahan-bahan
Bahan wajib
- Air soda
- Serai (diketuk)
- Lemon (dihiris nipis)
- Daun pudina
Bahan penyedap
- Kismis
- Kurma
- Asam boi
- Biji selasih (rendam smpai kembang)
- Kiwi kering
- Laici dalam tin
Bahan penyeri
- Epal hijau (dihiris nipis)
- Epal merah (dihiris nipis)
- Nata de coco
- Jelly buah
Bahan penyegar
- Kulit kayu manis
- Halia
Cara Penyediaan
- Bahan wajib kena letak dan bahan lain boleh pilih ikut selera kalau nak gempak letak semua bahan penyedap dan penyeri.
- Lepas siap potong, ketuk dan hiris letak semua bahan dalam bekas dan masukkan ais dan air soda tak perlu tambah air masak biar ais mencair dalam 5 -20 minit , step ni penting untuk keluarkan semua perasa dari buah secara natural.
Resepi Air Soda Laici Herbs
Resepi air soda herbs yang ini menggunakan laici sebagai bahan utama. DIgabungkan pula dengan lemon dan asam boi memang rasa refreshing. Resepi ini dari Sue Fiysya.
Bahan-bahan
- 1 botol besar air aiskrim soda.
- 1 tin laici /guna longan pun boleh.
- 2 batang serai ~ dititik.
- Daun pudina ~ terpulang berapa helai.
- 1 biji lemon ~ dihiris nipis.
- Asam boi putih.
- Ais batu secukupnya.
Cara Penyediaan
- Cuci semua bahan hingga bersih.
- Hiriskan lemon nipis nipis.
- Letakkan daun pudina.
- Masukkan lemon yang telah dihiris.
- Diikuti asam boi putih.
- Masukkan 1 tin buah laici / longan.
- Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
- Masukkan ais batu.
- Perah sikit lemon agak dalam setengah biji.
- Akhir sekali masukkan serai yang telah diketuk.
Resepi Air Sirap Bandung Soda Laici
Air soda memang sesuai digabungkan dengan pelbagai jenis air. Kalau anda peminat air sirap bandung, boleh cuba resepi air sirap bandung soda ini dari Ani Zam.
Bahan-bahan
- 1 tin laici
- 1/2 botol Air Soda
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu pewarna merah ros
- Ais batu
Cara Penyediaan
- Sediakan mangkuk agak besar.
- Masukkan pewarna.
- Kemudian masukkan susu cair.
- Masukkan laici dan kacau.
- Masukkn pula ais batu.
- Akhir sekali masukkan air soda dan kacau sebati.
Resepi Air Soda TujuhAtas Limau Asam Pudina Ais
Sesuai dengan nama resepi yang diberi, air ini menggunakan banyak bahan. Tapi bila dah dapat minum ada rasa masam manis memang sedaplah! Resepi ini dari Khabbab Jamalludin.
Bahan-bahan
- 1 gelas air satu
- Air perahan limau nipis
- 6 biji asamboi
- 8 helai daun pudina
Cara Penyediaan
- Kisar 1 gelas air satu tolaksatu, satu gelas ais, air perahan limau nipis (2 biji tapi tak nak biji), kulit limau nipis (tak nak tebal).
- Kisar sampai hancur.
- Tambahkan 6 biji asamboi dan 8 helai daun pudina.
- Kisar sekejap.
- Tuangkan ke dalam gelas. Dalam separuh gelas.
- Tambahkan bagi gelas dengan air soda tujuhatas yang sejuk.
- Saya guna yang tiada gula.
Resepi Air Soda Bunga Talang Pudina Selasih
Bunga talang bukan sahaja sesuai untuk buat nasi kerabu, tapi dalam resepi yang dikongsikan oleh Rahimah Ali beliau menggunakan bunga talang dalam resepi air soda. Nampak cantik dan disegarkan pula dengan biji selasih.
Bahan-bahan
- Bunga Telang untuk warna didihkan dengan air dan tapis
- Selasih direndam 1sudu teh
- Air Soda 1 botol kecil
- Jus Laici 2 sudu makan
- Pudina 3 helai diramas
- Air gula 2 sudu makan
- Ais beberapa ketul
Cara Penyediaan
- Masukkan semua dan kacau,
- Siap untuk minum.
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi air yang telah kami sediakan untuk anda jadikan sebagai rujukan. Resepi ini jangan lupa cuba ya. Terima kasih kerana telah singgah di lawan web kami.