10 Resepi Kumpulan Kari Daging (Pekat Terangkat)

Kari daging merupakan hidangan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran ramai hingga bila-bila. Aroma rempah yang wangi membangkitkan selera sebaik sahaja kari mula dimasak. Kari daging sedap dimakan dengan nasi panas, roti canai, atau lempeng.

Gabungan serbuk kari, bawang, halia, bawang putih, dan santan menghasilkan kuah yang kaya dengan rasa. Daging pula dimasak perlahan-lahan sehingga lembut. Ditambah dengan kentang atau lobak merah, hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberikan tekstur yang menarik pada bahannya.

Tunggu apa lagi? Cubalah resepi kari daging di rumah dan nikmati sendiri keenakan rasanya! Dengan 10 kumpulan resepi kari daging daripada laman Facebook, anda boleh menyediakan kari daging yang sempurna untuk seisi keluarga. Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, tetapi juga menjadi sajian istimewa untuk majlis kenduri kendara.

Kari Daging Memikat Mertua

Imej via Facebook

Resepi pertama dikongsikan oleh Huril A ini Abdul Mutalib yang berkongsi resepi kari daging mamak resepi mak mertua dia. Resepi diubah sedikit ikut seleranya. Kalau mahu bawa jalan jauh pun boleh. Pek dan bekukan, in shaa Allah tahan lama.

Bahan-bahan :
  • 3 biji bawang merah,
  • 4 sekawan,
  • Daun pandan,
  • Daun kari,
  • Daging 2kg,
  • Air,
  • Rempah kari daging 200 g,
  • Garam dan gula,
  • Kentang,
  • Santan pekat 1 atau 2 biji @ santan kotak 300ml (optional),
  • Tomato,
  • Cili hijau,
  • Daun ketumbar,
  • Daun pudina,
  • Serai ketuk.
Bahan blend :
  • Halia sebesar sebiji kentang,
  • 2 labu bawang besar,
  • 1 labu bawang putih.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah kemudian mayang sampai naik bau.
  2. Masukkan 4 sekawan, daun pandan dan daun kari, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bahan blend tadi.
  4. Tumis sampai melekat.
  5. Kemudian masukkan 2 kg daging, gaul rata.
  6. Masukkan air paras daging atau lebih.
  7. Masak sampai ¾ empuk. Kalau tidak empuk lagi boleh tambah air lagi.
  8. Masukkan serbuk rempah kari daging, kacau rata.
  9. Masa ini boleh masukkan 1 setengah sudu kecil garam kasar dan gula.
  10. Masukkan kentang, serai ketuk dan daun kari lagi. Masakkan sampai kentang hampir empuk.
  11. Masukkan santan pekat 1 atau 2 biji @ santan kotak 300 ml.
  12. Masukkan tomato buang biji, cili hijau, daun ketumbar dan daun pudina. Masak sampai layu. Siap.

Kari Daging Banyak Rempah

Imej via Facebook

Resepi seterunya iaitu kari daging yang kaya rempah. Resepi kegemaran ramai terutamanya pada acara kenduri. Makan dengan nasi putih atau nasi beriyani, makin sedap. Resepi dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Daging setengah kilo (rebus 40 minit),
  • Rempah daging babas 1 bungkus,
  • Bawang kecil 4 ulas,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Halia 1 inchi,
  • Lada hitam 1 sudu kecil,
  • Jintan manis 1 sudu Kecil,
  • Semua bahan-bahan di atas ditumbuk.
  • 2 biji ubi kentang,
  • Sebungkus kerisik,
  • Santan 1 cawan,
  • Seketul pati ayam Knorr,
  • Sedikit garam,
  • 2biji tomato,
  • Cili padi 10 biji,
  • Sedikit daun bawang.
Cara-cara :
  1. Panaskan api, tumiskan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bawang kecil, dan sedikit halia.
  2. jika sudah garing, masukkan rempah daging babas yang dicampur sedikit air dan kerisik. Masak bagi pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan santan, daging dan ubi kentang. Masak bagi ubi kentang betul-betul lembut.
  4. Kemudian masukkan pati ayam Knorr.
  5. Masukkan juga 2 biji tomato (belah 4),
  6. Masukkan sedikit garam.
  7. Tunggu sampai kuah mendidih.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang dengan cilipadi

Kari Daging Mamak

Imej via Facebook

Sekarang masanya pamerkan kebolehan anda masak kari mamak dengan resepi Nadiah Hashim. Bahan-bahan mudah, boleh masak terus untuk lauk tengahari. Rahsia lagi sedap kena masak satu jam ke atas, ataupun masak hari ini, esok perhangat.

Bahan-bahan :
  • Bawang merah 8 biji hiris,
  • Bawang putih 2,
  • Halia 2 inci ditumbuk halus,
  • Serai 1 tumbuk hancur,
  • Cili api,
  • Rempah 4 sekawan,
  • Daun kari.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah sampai layu baru masuk bahan lain.
  2. Bila semua sudah layu, masukkan sebiji tomato, tumis sampai tomato lembik.
  3. Masukkan kari ikan 4 sudu, tambah serbuk cili 1 sudu.
  4. Letak garam masala 1 sudu (optional).
  5. Tumis sampai sebati sambal lenyek-lenyekkan tomato.
  6. Masukkan sedikit air, kacau-kacau lagi.
  7. Masukkan ayam.
  8. Masukkan air secawan.
  9. Masukkan garam, aji, gula ikut suka lidah.
  10. Masukkan juga kicap manis ABC.
  11. Kacau selalu guna api sederhana.

Kari Daging Pekat Tanpa Santan

Imej via Facebook

Untuk kari ini Zurina Zulkefli tidak guna santan dan hanya masukkan semua bahan yang ada di dapur jadikan satu lauk, dijamin sedap. Macam rasa makan di kedai mamak. Lauk kari pekat tanpa santan. Rasa pedas-pedas masam.

Bahan-bahan :
  • 2 biji bawang merah,
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji tomato,
  • 2 biji kentang,
  • 1 lobak merah,
  • 3 tangkai lada kering,
  • 4 tangkai cili hijau,
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk),
  • 2 hirisan halia (ditumbuk),
  • Dua serbuk utama untuk kari.
Serbuk rempah :
  • 1 paket rempah kari daging,
  • 3 sudu kecil serbuk cili,
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit,
  • 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, langsung tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau, dan daun kari.
  2. Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
  3. Masukkan air asam jawa. Kalau tidak ada asam jawa, boleh guna yogurt.
  4. Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata.
  5. Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
  6. Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
  7. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
  8. Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dengan api masih suhu paling kecil.
  9. Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.

Kari Daging Pakistan

Imej via Facebook

Seterusnya resepi kari daging Pakistan dikongsikan oleh Teratai Putih. Kalau ingin makan bersama nasi, masak nasi bubuh garam dalam ½ atau 1 sudu. Sedap juga makan dengan roti.

Bahan-bahan :
  • 2 kilogram daging manis dipotong dadu dan basuh, perap dengan garam dan kunyit.
  • 2 kilogram sawi hijau, basuh potong halus.
  • 4 biji ubi kentang (potong dadu),
  • 5 biji tomato (hiris nipis),
  • 1 labuh bawang besar (hiris nipis),
  • Serbuk kari 888.
cara-cara :
  1. Air asam secukupnya (jangan terlalu banyak.)
  2. Sayur sawi hijau dalam 2-3 kg, basuh dan kemudian potong halus.
Bahan tumis :
  • Bawang merah 7 ulas,
  • Bawang putih 8 ulas,
  • Halia,
  • Kekalkan rasa yang enak hanya tumbuk guna lesung batu.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  3. Bila sudah naik bau, masukkan tomato.
  4. Bila bawang dan tomato sudah lembik, kecilkan api dan masukkan anggaran 150 gram sebuk kari. Penting kecilkan api supaya tidak hangit. Gaul hingga rempah sebati dan naik bau.
  5. Bila kari sudah masak dan naik bau, masukkan daging dan ubi kentang.
  6. Gaul lagi, kemudian masukkan perasa garam, gula dan penyedap rasa, gaul sebati.
  7. Bila sudah sebati tutup masakan dan kecilkan api sehingga air daging keluar. Bila daging sudah berair besarkan sedikit apinya. Jangan tambah air sebab daging sudah sedia berair, sayur sawi pun berair juga. Hanya tambah sedikit-sedikit air bila diperlukan.
  8. Bila daging sudah hampir empuk masukkan sayur sawi.
  9. Perasakan, siap.

Kari Daging Cicah Roti

Imej via Facebook

Kari daging siap satu periuk makan dengan nasi atau cicah roti. Makan dengan roti jala atau lempeng pun boleh. Resepi dikongsikan oleh Azizah daud di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging potong nipis ikut melintang baru cepat empuk,
  • 1 biji kelapa ambil santannya 1 liter.
Bahan untuk menumis :
  • Rempah 4 sekawan,
  • Kulit kayu manis, buah pelage, bunga cengkih, dan bunga lawang.
  • 10 biji bawang merah,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 2 cm halia,
  • Semua di atas dimayang.
  • 4 sudu makan serbuk kari,
  • 1 sudu makan cili blend,
  • 5 biji kentang potong ikut suka,
  • 1 biji tomato potong kiub.
Cara membuat :
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis 4 sekawan.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang tadi dan tumis hingga bawang layu kekuningan.
  3. Masukkan cili blend dan tomato kiub.
  4. Bila nampak garing masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging biar airnya keluar.
  6. Tunggu selama 3 minit, masukkan santan.
  7. Bila sudah mendidih masukkan kentang.
  8. Tunggu mengelegak, jika daging dan kentang sudah empuk masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih naik minyak dan pekat. Makin lama merenih dengan api kecil makin cantik gulai.

Kari Daging Kenduri

Imej via Facebook

Seterusnya kita masak kari daging ala-ala kenduri pula. Sedap rasa kari ini gerenti tetamu terlajak makan. Ayuh cubakan resepinya daripada Pura Latif di laman Facebook.

Bahan-Bahan:
  • ½ kg daging lembu potong ikut suka @ mengikut kesesuaian,
  • 1 paket kerisik (40g),
  • 1 paket kecil kari daging (saya guna kari Faiza),
  • 2 biji bawang merah (kisar),
  • 3 ulas bawang merah (kisar),
  • 3 ulas bawang putih (kisar),
  • 3 cm halia (kisar),
  • 1 cm lengkuas (kisar),
  • 2 batang serai (ketuk),
  • 3-4 sb cili giling,
  • 1 cawan santan pekat,
  • Rempah 3 beradik,
  • 1 sb gula,
  • 1 keping asam keping @ sedikit air asam jawa,
  • Minyak,
  • Garam,
  • Air,
  • Daun kari,
  • Kentang dipotong ikut suka.
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, daun kari, bahan kisar, dan serai sehingga wangi dan garing.
  2. Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes.
  3. Masukkan pes (cili giling dan rempah kari) tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau rata lagi.
  5. Bila daging agak-agak empuk, masukkan santan, kerisik, garam, gula, dan asam keping.
  6. Biarkan mereneh hingga daging betul-betul empuk. Kacau sekali sekala (untuk mengelak hangit).
  7. Masukkan kentang.
  8. Biarkan sampai pekat dan tutup api.

Kari Daging Tetel Cincang

Imej via Facebook

Kari daging cincang guna rempah giling. Sedap pula kalau guna daging tetel seperti yang dikongsikan oleh Razzyatt Urutan Tradisional. Rasa dia ada lembut-lembut kenyal. Lemak-lemak tetel pula menambah selera makan.

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging cincang dihiris dan dicuci bersih dan toskan.
Bahan tumis (A) :
  • 1 batang kulit kayu manis,
  • 2 kuntum bunga lawang,
  • 4 kuntum bunga cengkih,
  • 4 biji buah pelaga.
Bahan yang dihiris (B) :
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis,
  • 10 tangkai daun kari.
Bahan giling atau tumbuk (C) :
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • 1 sudu kecil jintan putih,
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit,
  • 8 ulas bawang kecil,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 inchi halia,
  • Tumbuk jadikan pes.
Bahan D :
  • 1 senduk cili blend.
Bahan E :
  • 1 setengah senduk serbuk kari daging.
  • Sedikit air asam jawa.
  • Dibancuh dengan sedikit air.
Bahan F :
  • Santan pekat dalam 300 gram,
  • Garam,
  • Knorr sedikit,
  • Air.
Bahan G :
  • Kentang.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bahan A sekejap.
  3. Terus masukkan bahan B, masak sampai naik bau, jangan hangit.
  4. Kemudian masukkan bahan C. Kacau lagi sampai layu.
  5. Masuk pula bahan D, masak sampai pecah minyak.
  6. Baru masukkan bahan E. Kacau lagi sampai serbuk kari masak. Kalau agak-agak kering masukkan lagi sedikit air.
  7. Baru masukkan daging cincang. Masak sampai daging kecut.
  8. Kemudian masukkan santan.
  9. Akhir sekali masukkan kentang dan cili besar yang dibelah 2.
  10. Sudah masak dan empuk semuanya, perasakan.

Kari Daging Kenduri Mewah

Imej via Facebook

Seumur hidup ini masa Habib Bib buat kari daging guna rempah buat sendiri macam rempah giling orang dulu-dulu. Gerenti memang rasa macam gulai kenduri. Ayuh tengok resepinya.

Bahan-bahan :
  • 2 ½ sudu teh biji ketumbar,
  • 1½ sudu teh jintan putih,
  • 2 sudu teh jintan manis,
  • 10 tangkai cili kering,
  • Rebus dulu semua kemudian blend.
  • Santan 1 ringgit,
  • Kerisek 2 sudu makan,
  • Daging,
  • Ubi kentang,
  • 1 sudu teh serbuk kunyit,
Bahan Tumis :
  • Bawang putih 2 ulas tumbuk,
  • Bawang merah 3 ulas tumbuk,
  • Halia besar ibu jari tumbuk,
  • Bawang merah 2 ulas hirid,
  • Bawang putih seulas hiris,
  • Bunga lawang,
  • Kulit kayu manis,
Cara-cara :
  1. Sediakan periuk.
  2. Masukkan minyak setengah cawan.
  3. Tumis bahan tumis.
  4. Masukkan rempah yang sudah diblend serta bahan yang ditumbuk.
  5. Kacau-kacau kemudian bubuh daging yang sudah siap dihiris.
  6. Kacau-kacau sampai pecah minyak.
  7. Bubuh santan. Tambah air untuk kuah.
  8. Masukkan kerisik.
  9. Masukkan ubi kentang dan serbuk kunyit dalam satu sudu.
  10. Kemudian masukkan cili merah setangkai.
  11. Biar bagi betul-betul mendidih dan ubi dengan daging empuk, baru masukkan garam.
  12. Biar api kecil seketika. Siap.
  13. Kari Daging Tetel Rebung Versi Utara
  14. Serupa gulai kawah kenduri. Gulai daging cincang bersama rebung resepi daripada Ayu Ariana Aesha. Kesukaan orang kedah dan penang.

Kari Daging Tetel Rebung Versi Utara

Imej via Facebook

Serupa gulai kawah kenduri. Gulai daging cincang bersama rebung resepi daripada Ayu Ariana Aesha. Kesukaan orang kedah dan penang.

Bahan Utama:
  • Daging cincang RM 10,
  • Rebung masam 2 batang (warna kuning),
  • Santan RM 2,
  • Rempah kari daging pedas BABAS 1 pakej,
  • Garam,
  • Serbuk perasa.
Bahan blend :
  • Bawang besar 3 biji,
  • Bawang putih 5 ulas,
  • Cili boh 4 sudu (cili segera dalam botol),
  • Belacan sedikit.
Bahan untuk tumis :
  • Minyak 4 sudu,
  • Bunga lawang 2,
  • Kulit kayu manis 2,
  • Daun kari 4 helai.
Cara-cara :
  1. Blend bahan yang perlu blend, siap ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan yang sudah siap diblend tadi ke dalam tumisan tadi.
  4. Biar dalam 5 minit, baru masukkan rempah kari daging pedas BABAS.
  5. Sudah naik bau rempah, masukkan daging cincang tadi bersama dengan 1 garfu (garfu digunakan untuk melembutkan daging).
  6. Biar daging cincang masak dalam 45 minit @ sampai lembut (tutup periuk).
  7. Bila daging sudah lembut, masukkan santan dan tambah air sedikit (sebab tadi daging sudah serap air). Biar masak sekejap.
  8. Masukkan rebung, garam dan serbuk perasa ikut citarasa anda.
  9. Masak dalam 10 minit, siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain