Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Salad Udang Crispy Saiz XL Buat Sendiri Dirumah

author name

Resepi kali ini menarik tapi sangat mudah untuk disediakan. Sesuai bagi peminat udang anda pasti  suka resepi ini. Salad udang crispy menggunakan udang saiz L atau XL sebab kalau guna saiz biasa rasanya sedikit kurang kerana udang tidak juicy dibahagian dalam kerana saiz yang kecil. Salad ini menggunakan sayur-sayuran rangup macam timun dan daun salad. Sedap nikmati bersama sos Thai yang akan saya kongsi kan disini resepinya.Baiklah jom tengok apakah bahan-bahannya. 

Bahan-bahan

  • Udang saiz besar perap dengan garam dan gula  sedikit dan juga lada sulah jika suka.
  • Tepung ayam bestari

Kaedah

  • Celup udang dengan ayam tepung bestari sebelum goreng dengan minyak yang panas.
  • Alih bila udang mulai masak.
  • Toskan sementara siapkan salad.

Bahan salad

  • Timun 
  • Salad 
  • Tomato
  • Bawang besar kuning
  • Suhun ( ini pilihan)

Kaedah

  • Potong timun memanjang 
  • Tomato potong baji
  • Bawang potong bulat
  • Suhun celur dengan air panas dan toskan.

Bahan sos Thai

  • Cili api 10 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Gula 2-3 tbsp
  • Jus limau nipis 1-2 tbsp
  • Sos ikan (anggaran sendiri)

Kaedah

  • Kisar semua bahan kecuali jus limau dan sos ikan.
  • Dah kisar barulah suai rasa masam, manis dan sedikit masin
  • Siap

Penyediaan

  • Aturkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan untuk dihindangkan bersama sos thai.
  • Siap!

Untuk mendapatkan rasa udang yang crispy dibahagian luar tetapi juicy dibahagian dalam gunakan api yang besar dan minyak yang panas. Udang ni kulitnya pun sedap dan rangup, makan dengan nasi pun sedap tapi ratah lagi sedap! Jangan lupa cuba anda pasti suka rasanya. 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.