Resepi kali ini ialah resepi kepak ayam ala pasar malam yang banyak dijual dipasar malam atau bazar Ramadan. Warnanya yang merah nampak sangat menarik bila digril diatas pembakar yang berpusing-pusing seperti biasa kita lihat itu.Biasanya kepak ayam tersebut dimakan begitu tapi saya buat sosnya sendiri menggunakan bahan perapannya. Namun begitu tanpa alatan seperti itu anda juga boleh menghasil kepak ayam madu ini,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Kepak ayam
- Bahan perapan
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Serai
- (Kisar semua bahan ini)
- Sos labu
- Sos Korea
- Serbuk cili
- Madu
- Kuib ayam
- Gula perang
Kaedah
- Mula bersihkan kepak ayam potong dua.
- Selepas itu masukkan semua bahan perapan yang telah dikisar bersama.
- Perap sekurang-kurangnya ½ jam.
- Sediakan pembakar bbq atau boleh masak dalam air fryer juga.
- Baki perapan boleh dimasak atas dapur dan tambah air tepung jagung untuk menjadikan ia pekat. Kalau suka masam atau pedas tambahlah bahan perisa lain seperti cili sos atau sedikit kicap pedas.
- Siap!
Jika anda tidak ada sos labu anda boleh gunakan pewarna merah sahaja ataupun pewarna sirap. Rasanya tidak akan ada banyak beza sos Korea adabi pun boleh ditambah jika ingin beri rasa yang lebih pedas. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.