Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kambing Blackpepper Sempoi Kompom Kenyang Perut

author name

📄

Resepi berikut ini adalah masakan berasaskan daging kambing, khusus bagi peminat daging kambing masakan kali ini amat mudah untuk disediakan. Masakan ini menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas dan mudah untuk didapati. Bagaimanapun dalam resepi ini saya menggunakan daging lamb chop kerana suka pada dagingnya yang lebih lembut bersama kepingan lemaknya.

Bahan lain yang diperlukan ialah hirisan bawang besar, putih. Cili api, halia dan serbuk lada hitam, berikut adalah cara menyediakan masakan ringkas ini.

Bahan-bahan

  • 4 keping lamb chop (potong kecil)

Bahan-bahan tumis

  • Bawang besar hiris bulat
  • Bawang putih hiris nipis
  • Halis muda hiris nipis
  • Cili api hiris nipis
  • Serbuk lada hitam.

Bahan sos

  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sedikit kicap masin.

Kaedah

  • Mula perasakan lamb chop bersama bahan-bahan sos, jika sukamasin anda boleh tambahkan kicap masin.
  • Biarkan seketika dan kemudian tumis didalam kuali leper.
  • Bila daging mulai masak, masukkan bahan tumis.
  • Tunggu sos menjadi pekat dam bahan tumisan menjadi layu dan naik bau baru taburkan lada hitam.
  • Siap!

‘Anda boleh tambah atau kurangkan bahan sos jika suka atau tambah air jika ingin lebih kuah namun rasanya akan sedikit kurang sedap.Masakan ini paling sedap makan dengan nasi tapi jika anda ingin meratah sahaja pastikan masak sedikit lama agar daging kambing menjadi garing Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.