Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Blueberry Cheestart Laku Keras Tapi Yang Ni lain Sikit

author name

Resepi yang dikongsikan kali ini adalah resepi cheesetart blueberry yang amat mudah untuk disediakan. Bukan itu sahaja walaupun bahan digunakan ringkas dan olskol tetapi rasanya amat sedap. Penyediaan cheesetart blueberi ini bermula dengan penyediaan shelll cheesetart iaitu sejenis pastri. Dan bahan-bahan untuk menyediakan pastri ialah butter, tepung,sedikit gula dan telur. Jika pastrinya dibuat dengan betul rasanya pasti sedap dan memikat, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 125 butter
  • 50g gula aising
  • 250g tepung gandum
  • 50g serbuk badam

B

  • 1 biji kuning telur
  • ½ tsp esen vanilla

Kaedah

  • Mula ramas semua bahan A didalam satu bekas hingga hancur dan berbintil-bintil kecil seperti serdak.
  • Masukkan bahan B dan gaul serta uli hingga ia menjadi doh yang boleh dikepalkan.
  • Masukkan kedalam acuan cheesetart dan bakar 25mini pada suhu 160c

Resepi inti cheesetart

  • 250g cream cheese
  • 50-100g gula aising (siap ayak)

Kaedah

  • Pukul kedua bahan hingga gebu.
  • Siap untuk digunakan!

Inti 

  • Blueberry filling (beli siap dikedai)

Penyediaan

  • Masukkan inti blueberry didalam shell cheesetart.
  • Paipkan cream cheese diatasnya
  • Bakar sebentar lebih kurang 5 minit atau hingga cheese dibahagian atas tidak melekat dijari.
  • Siap!

Selain dari inti blueberri anda juga boleh menggunakan strawberi, kiwi, oren mahupun lemon. Inti cheese yang saya gunakan didalam resepi ini adalah versi orang malas atau yang paling senang untuk disediakan. Manakala corak yang terhasil digunakan menggunkaa sedikti inti cheese yang telah ditambah warna. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.