Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Himpunan Resepi Ikan Cencaru Mudah Nak Buat

author name

📄

Ikan cencaru atau dipanggil juga ikan jaket ini memang menjadi kegemaran mak- mak kalau beli di pasar. Mungkin kerana ikan cencaru ini mudah dan sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Satu hal lagi ikan cencaru juga agak murah berbanding ikan yang lain. Ikan ini juga mempunyai dua saiz besar dan kecil. Isi ikan cencaru agak tebal dan berisi, ada sesetengah orang akan membuang kulit yang tebal tapi ada yang tidak membuangnya kerana sukar untuk menariknya keluar.

Bagi masakan pula, ramai yang gemar membuat ikan cencaru sambal sumbat dan bakar, Memang sedap. Boleh juga dimasak dengan pelbagai masakan mengikut citarasa masing-masing, Jika anda masih mencari-cari menu masakan ikan cencaru, kali ini kami sediakan resepi ikan cencaru untuk anda cuba nanti.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Portugis

Resepi pertama ini ialah ikan cencaru sumbat sambal portugis, Ikan cencaru memang terkenal dengan cara masakan seperti ini, Makan pula bersama nasi panas pun dah cukup mengenyangkan. Jom baca resepi dari BUKAN TAKUT BINI.

Bahan-bahan

  • Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan
  • Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu

Bahan sambal

  • Daun kesum racik
  • Bunga kantan hiris nipis
  • 15biji Limau kasturi/cuit (perah amik air)
  • Gula
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Aji
  • *1biji bawang besar
  • * 3 biji Bawang kecil
  • *3 biji Bawang putih
  • *Sedikit belacan
  • *1biji Tomato
  • *15 tangkai Cili kering direbus
  • *3 cili besar hijau
  • *10 cili api

Cara Penyediaan

  1. Blend kasar semua bahan bertanda*
  2. Tumis semua bahan diblend tadi dengan minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Bila sambai dah masak,cmasukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Kacau sebati kemudian masukkan garam, gula, secukup rasa.
  5. Kacau lagi dan rasakan.
  6. Bila dah pekat tutup api.
  7. Dan masukkan dalam cencaru tadi belah belakang sumbat sambal tadi.
  8. Goreng dengan garing.
  9. Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng tadi.

Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak

Resepi ikan cencaru masak lemak ini telah dikongsikan oleh Aisyah Ibrahim di laman Facebook beliau ini telah menjadi tarikan kepada pembaca. Mana tidaknya jarang ikan cencaru dimasak dengan cara begini, Sedap juga bila makan bersama sambal belacan.

Bahan-bahan

  • Ikan cencaru – 4 ekor
  • Bawang merah besar – 1 labu
  • Bawang putih -3 ulas
  • Halia – 1 ruas
  • Serbuk Kunyit – 1 sk (lagi sedap kunyit hidup 1 ruas)
  • Santan kotak – 1/2 kotak
  • Air – 1/2 cawan
  • Serai – 2 batang (ketuk)
  • Gula – 1sb
  • Garam – 1/2sb (ikut citarasa sendiri)

Cara Penyediaan

  1. Kelar cencaru, letak garam kunyit dan goreng separa masak.
  2. Tumbuk atau kisar bahan 2-5.
  3. Masuk bahan tumbuk/kisar+santan+air+serai ketuk dalam periuk /kuali. Masak api perlahan.
  4. Kuah dah meruap, masuk ikan tadi. Perasakan gula dan garam.
  5. Biar mendidih kejap, jangan lama takut pecah minyak.

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap

Resepi paling ringkas dan mudah nak buat. Bukan anda sahaja yang suka, malah anak-anak pun akan suka dengan resepi ikan cencaru masak kicap ini. Resepi mudah ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad.

Bahan-bahan

  • 4ekor Ikan cencaru (lumur kunyit dan garam dan goreng)
  • Cili kisar (1senduk)
  • Bawang putih/merah/halia (kisar)
  • Kayu manis, bunga lawang
  • Bawang merah hiris bulat
  • Cili merah (hiris dan potong)
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau @ kekuningan.
  2. Masukkan bunga lawang, kayu manis. masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan semua jenis sos (jika pekat tambah air sedikit).
  4. Tumis lagi baru masukkan garam dann gula secukup rasa.
  5. Masukkan bawang hiris, cili merah kacau sekejap baru masukkan ikan gaul rata tutup api.

Resepi Ikan Cencaru Rebus

Jika anda sedang berdiet, resepi ikan cencaru rebus ini sesuai untuk anda. Jangan tak tahu ikan cencaru juga sedap apabila direbus dimakan pula bersama sos pencicah yang dibuat sendiri oleh Amanda Tan ini di Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • 3 Ekor Ikan Cencaru
  • Saiz tapak Halia dibersihkan dan dihiris kepingan
  • Air untuk rebus

Bahan sos cicah

  • 4 sudu besar makan Sos Kicap Cair
  • 4 sudu kecil teh Gula
  • 4 biji Limau Kasturi diambil jus
  • 4 biji Bawang Merah Kecil dihiris
  • 4 tangkai Cili Padi dihiris

Cara penyediaan Ikan Cencaru Rebus

  1. Siangkan ikan. Keluarkan insang dan organ dalaman.
  2. Cuci bersih dengan garam.
  3. Keluarkan bisa ikan dari ekornya. Kerat ekornya tapi jangan sampai putus. Pusingkan ekornya sehingga longgar . Pegang erat badan dan tarik bahagian ekor yang longgar.
  4. Isikan separuh periuk dengan air dan masukkan hirisan halia. Panaskan air sehingga mendidih.
  5. Masukkan ikan kedalam air mendidih dan tutup periuk.
  6. Biar masak 6 ke 8 minit sehingga mata bertukar putih. Boleh keluarkan. Hidangkan bersama kuah cicah.

Sos cicah

  1. Gaulkan bawang merah dan cili.
  2. Tambah gula . Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan kicap dan jus limau kasturi.

Resepi Ikan Cencaru Goreng Sambal Belacan

Buat penggemar makanan pedas, apa kata anda cuba resepi ikan cencaru goreng sambal belacan ini, Memang cukup rasa pedas dan manis. Makan pula dengan nasi panas lagi ngam. Resepi ini dari Norfarhana Ariffin.

Bahan-bahan

  • Ikan cencaru (goreng)
  • Sambal belacan
  • 7-9 biji Cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1biji bawang merah (bakar)
  • Sedikit belacan (bakar)
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Gula
  • Garam

(Bahan di atas di blend halus)

  • 3-5 biji cili padi (tumbuk)
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • Sos ikan
  • Perahan limau

Cara Penyediaan

  1. Goreng ikan cencaru yang di gaul garam kunyit terlebih dahulu.
  2. Tumis bawang holland hiris bersama cili padi tumbuk.
  3. Masukkan bahan yang diblend tadi. Masukkan sos ikan, perahan limau nipis, gula dan sedikit garam.
  4. Masak agak pecah minyak. Boleh lah disiram atas ikan tadi.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Jika sebelum ini kami ada kongsikan resepi ikan cencaru sumbat sambal, kali ini resepi yang sama cuma berbeza adalah sambal kelapa. Resepi ikan cencaru sumbat sambal kelapa ini pun sedap juga, rasa lemak kelapa yang manis dan pedas ini cukup serasi. Jom baca resepi dari Iza Abu Bakar ini.

Bahan-bahan

  • Ikan cencaru – dibelah belakang
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit pes asam jawa
  • Kelapa parut secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 3 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan

  1. Ikan cencaru dibelah belakang, cuci bersih dan dilumur garam kunyit. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan hingga hancur. Kemudian masukkan kelapa parut, pes asam jawa, garam dan gula dan kisar sekali je untuk sebatikan dia.
  3. Ambil ikan yang dibelah belakang tadi, isikan sambal kelapa secukupnya.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali atau pemanggang ajaib. Minyak biar tenggelamkan separuh bahagian ikan.
  5. Gorengkan ikan di dalam kuali atau pemanggang ajaib.
  6. Bila ikan dah masak boleh lah diangkat dan toskan.

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Cencaru

Resepi ikan cencaru masak asam pedas tak kurang hebatnya, rasa masam, masin dan pedas ini cukup dilihat sempurna. Jika anda penggemar asam pedas, apa kata anda ikuti resepi dari Elvianna El-Zahra.

Bahan-bahan

  • 8 ekor ikan cencaru (buang kulit)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Tomato
  • Bendi
  • 2 btg serai
  • 1 sb Halba
  • 1 mangkuk cili kisar (ikut kepedasan)
  • 1 mangkuk air asam jawa

Bahan kisar

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan(optional)
  • 1 sb lada hitam

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukkan halba dan goreng hingga sedikit kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Tumis hingga naik bau, masukkan cili kisar dan serai tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan dan masukkan air asam jawa.
  5. Apabila mendidih, masukkan bendi dan tomato biarkan seketika.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata biarkan hingga ikan masak, siap.

Resepi Ikan Cencaru Masak Cekur

Ikan cencaru masak cekur ini adalah menu orang jawa. Hanya orang jawa yang tahu masakan ini, Menggunakan daun cekur sebagai bahan utama, rasa lemak dan pedas memang terangkat. Jom baca resepi ini dari Mahdalina Azman.

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili api secukup pedas
  • Belacan sikit
  • Daun/ubi cekur

Blend semua bahan di atas

  • Asam keping
  • Santan kara
  • Daun cekur yg dihiris
  • Bawang besar yg dihiris

Cara Penyediaan

  1. Campur semua dalam periuk/kuali.
  2. Masukkan garam/perasa masak hingga mendidih.
  3. Masukkkan ikan/ayam yg telah digoreng tersebut. Kuah kene pekat ya dan siap!

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba ya resepi yang kami kongsikan ini. Banyak lagi resepi menarik yang telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih kerana sudi singgah ke laman web kami ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *