Resepi berikut ini merupakan hidangan utama yang sangat sesuai bagi pengamal makanan sihat. Ayam organik panggang ini merupakan salah satu resepi mudah untuk disediakan. Walaupun lazimnya masakan diet disediakan mengguna masakan barat namun perkongsian kali ini membawa kepada anda masakan ala Melayu yang sangat sesuai dengan citarasa orang tempatan.Berikut adalah bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Suku bahagian ayam
- *Bawang besar
- *Bawang putih
- *Halia
- *Serai
- Garam
- Sos tiram
Kaedah
- Gaul semua bahan dan perap ayam.
- Biarkan seketika
- Kemudian bakar menggunakan air fryer selama 20 min pada suhu 200c
- Hidangkan bersama sos atau kuah kacang.
- Siap!
Penggunaan serai memberi rasa tempatan mirip ayam masak percik cuma bezanya ia tidak menggunakan santan. Ayam ini sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan kuah kacang mahupun dimakan bersama sepinggan nasi panas! jadi jangan lupa mencuba resepi yang berbaloi dicuba ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.