Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jantung Pisang Lauk Orang Lama Memang Power!

author name

Zaman sekarang tak ramai yang kenal dengan jantung pisang. Sebut sahaja jantung pisang pasti sedikit pelik. Jantung pisang merupakan lauk orang yang dulu. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat lauk untuk memberikan sedikit rasa. Kalau anda nak tahu jantung pisang ini banyak khasiat antaranya ialah sifat antioksidan, mineral, serat, protein, karbohidrat serta rendah dan lemak kalori,

Resepi kali ini kami kongsikan masakan jantung pisang untuk anda cuba sendiri dirumah. Selalu makan jantung pisang dibuat ulam sahaja kan, kami bawakan pelbagai cara masakan untuk anda cuba. Jom baca!

Resepi Kerabu Jantung Pisang, Daun Selom dan Daun Kerang

Resepi pertama jantung pisang ialah kerabu jantung pisang bersama kerang. Jika anda pertama kali merasa jantung pisang, kami sarankan anda cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Roskaryati Abu Bakar.

Bahan-bahan

  • Kerang direbus
  • Jantung pisang direbus dan dihiris
  • Daun selom dihiris halus
  • Serai
  • Sedikit Lengkuas.

( serai + lengkuas dikisar dengan pati santan )

  • Cili padi + belacan + garam ditumbuk
  • Bawang merah dihiris/mayang.
  • Kerisek
  • Limau kasturi/nipis

Cara Penyediaan

  1. Gaul cili padi yang ditumbuk bersama serai dan lengkuas yang dikisar dan juga kerisek.
  2. Masukkan jantung pisang, kerang, daun selom dan hirisan bawang merah.
  3. Air asam limau dan garam secukup rasa.

Resepi Pajeri Jantung Pisang

Resepi jantung pisang ini versi kuah yang pekat, sedap dimakan bersama nasi panas. Cukup lauk ini sebagai hidangan utama sudah mengenyangkan. Resepi enak ditulis oleh Juma Natull.

Bahan-bahan

  • 1 biji jantung pisang dibelah empat memanjang dan direbus hingga empuk
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 1cawan santan pekat
  • 4 sekawan
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 4ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • Sedikit halia
  • Sedikit cili kering
  • Sedikit kerisik
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • 1/4 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering, halia dan cili kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Tumis bahan blend tadi dengan rempah kari dan 4 sekawan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan biarkan sampai mendidih masukkan kerisik kacau lagi dan tambah sedikit air.
  4. Kemudian masukkan jantung pisang, garam, gula melaka dan air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Rasakan masin manisnya. kalau ada yangg terkurang bolehlah ditambah.
  6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Jantung Pisang Tumis Pedas

Resepi yang mudah memang menjadi pilihan, penggemar makanan pedas anda boleh cuba jantung pisang tumis pedas ini memang ngam makan bersama nasi pedas. Jom baca resepi dari Nurul Nadia.

Bahan-bahan

  • Jantung pisang rebus hingga agak lembut kemudian potong

Bahan tumbuk

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Belacan
  • Ikan bilis
  • Udang kering (kalau nak letak)

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air sikit, kunyit sikit nak bagi warna, garam, gula, aji, jantung pisang kacau siap.

Resepi Tumis Jantung Pisang Belado Ikan Bilis

Satu lagi resepi untuk penggemar makanan pedas, resepi jantung pisang belado ini wajib anda cuba. Mudah nak buat resepi ini. Jom baca resepi mudah dari Zaid Azizy Yaakob.

Bahan-bahan

  • Jantung pisang
  • Ikan bilis
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Garam/gula

Cara Penyediaan

  1. Mula-mula rebus jantung pisang sehingga empuk letak tepi biar sejuk.
  2. Kemudian goreng ikan bilis letak tepi dulu.
  3. Tumis bawang kecil, bawang putih, sedikit belacan, cili api tumbuk dan sedikit kunyit tumbuk.
  4. Tumis sehingga terbit minyak dan naik bau.
  5. Kemudian masukkan jantung yang telah dihiris kasar dan kacau rata.
  6. Kemudian masukkan ikan bilis tadi letak sedikit garam dan gula, gaul sehingga rata dan sebati dan siap.

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang

Jika anda suka yang versi berkuah, dan suka menghirup kuah, apa kata anda cuba resepi masak lemak jantung pisang, nak pedas boleh letak cili padi. Resepi ini oleh Novelis Affieyza Isahak.

Bahan-bahan

  • Jantung pisang – celur dan hiris kasar

Bahan tumbuk

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Kunyit hidup,
  • Serai dan cili hijau. Anggaran ikut banyak mana jantung pisang

Bahan lain

  • Santan – 2 cawan
  • Kiub ikan bilis / garam / gula
  • Ikan bilis / udang basah / kering
  • Asam keping
  • Air secawan

Cara Penyediaan

  1. Masukkan santan ke dalam periuk, air serta bahan tumbuk dan kacau sebati.
  2. Buka api sederhana dan masuk asam keping dan ikan bilis.
  3. Bila dah mendidih, masukkan jantung yang telah dihiris serta kiub ikan bilis.
  4. Tunggu sampai semua rasa sebati. Siap.

Resepi Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis

Resepi kerabu jantung pisang ikan bilis ini juga salah satu resepi yang kerap dibuat, mungkin kerana mudah dan mengenyangkan. Resepi ini dikongsikan oleh ALeya Seolihah.

Bahan-bahan

  • 1 jantung pisang
  • 1 mangkuk kelapa parut (digoreng tanpa minyak)
  • 1 genggam ikan bilis (digoreng garing)
  • 3 biji bawang merah kecil dihiris halus
  • 5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • gula, garam, ajinomoto (perasa)

Bahan tumbuk

  • 1 biji cili merah besar
  • 1 ketul belacan sebesar ibu jari
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil 

Cara Penyediaan

  1. Goreng kelapa parut hingga keperang-perangan.
  2. Buang bahagian yang keras pada jantung pisang (lapisan pertama dan kedua jantung). Hiris halus jantung pisang.
  3. Masukkan jantung pisang kedalam sebesen air yang dicampur dengan 1 sudu garam. Ramas-ramas jantung pisang sekejap. Toskan airnya.
  4. Didihkan seperiuk air, rebus jantung pisang hingga masak. Toskan airnya.
  5. Sediakan 1 besen yang agak besar untuk memudahkan proses menggaul semua bahan.
  6. Masukkan jantung pisang, kelapa, ikan bilis, bahan tumbuk, perahkan air limau.
  7. Gaul sebati.
  8. Perasakan secukup rasa mengikut citarasa masing-masing.

Resepi Menarik Yang Lain

Buat penggemar lauk melayu lama, anda wajib cuba resepi jantung pisang yang telah kami kongsikan ini ya! Banyak lagi resepi lauk melayu lama kami telah sediakan untuk anda. Terima kasih kerana sudi jadikan laman web kami sebagai rujukan anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *