Puding merupakan salah satu pencuci mulut yang paling digemari dan paling banyak dihidang sebagai melengkapi sesuatu hidangan. Biasanya ia terdiri daripada makanan yang manis ataupun berkaramel. Karamel merupakan gula yang dimasak sehingga hangus sehingga perang. Rasanya seperti hangit tetapi tidaklah terlalu manis.
Puding roti berkaramel puding yang menggunakan roti dan diatasnya mempunyai karamel. Cara membuatnya juga tidaklah terlalu sukar, dan pastinya anda boleh menyediakannya sendiri buat keluarga anda semua! Rasanya yang bervariasi pahit, manis dan lemak pasti sahaja membuat ahli keluarga anda menyukainya.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Naz M Shariff dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom kita tengok bahan – bahan dan cara pembuatan puding roti berkaramel ini!
Resepi Puding Roti Berkaramel
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 /kurang dari 1/2 cawan air panas
Bahan B:
- 4 keping roti potong dicarik
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air suam
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Garam sikit
Cara – cara memasak:
A:
- Hanguskan gula sehingga perang dan masukkan air panas.
- Kacau segera supaya tidak berketul.
- Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan pada suhu bilik.
- Ketepikan.
B:
- Kisarkan kesemua bahan B sehingga sebati.
- Apabila sudah sebati, masukkan telur dan kisar.
- Tapiskan adunan dan masukkan bahan B ke bahan A
- Kukus selama 45 minit.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!
Leave a Reply