Resepi kali ini akan membawa kepada anda resepi kek yang menarik yang mulai popular sejak akhir-akhir ini. Kek Ogura merupakan sejenis kek chiffon yang berasal dari Jepun. Nama Ogura hanyalah nama samaran dalam bahasa Jepun.
Berbeza dengan kek chiffon kek Ogura dibakar menggunakan loyang bulat yang biasa berbanding kek chiffon yang menggunakan loyang khas chiffon yang mempunyai lubang dibahagian tengahnya. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan A
- 5 biji kuning telur + 1 biji telur
- 70g susu
- 60g minyak sayur
- 1 sudu teh esen vanila
- 90g tepung gandum/kek
Bahan-bahan B (Meringue)
- 5 biji putih telur
- 1 sudu teh garam
- 90g gula halus
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c
- Griskan dan letakkan kertas pada loyang bulat saiz 8”
- Pukul bahan A hingga sebati
- Kemudian bekas lain sediakan meringue iaitu bahan B
- Kaup balik bahan A dan B hingga sebati
- Bakar selama 40 min dirak atas dan ubah ke rak bawah selama 20-30 minit
Kek Ogura ini boleh diberi sentuhan dengan pelbagai rasa seperti pandan mahupun oren. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan berspan. Amat penting untuk menggunakan saiz loyang yang betul. Diharap anda akan berjaya menyediakan kek ini. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply