Resepi Terung Goreng Berlada Sesuai Untuk Makan Tengahari Bersama Keluarga!

Kali ini kami bawakan resepi terung goreng berlada yang amat lazat dan digemari oleh seisi keluarga. Tahukah anda, sebenarnya untuk menggoreng terung yang sedap dan sempurna, ada tips nya? Antaranya adalah, anda perlu menggoreng lebih lama supaya terung itu lembik dan mudah untuk dimakan. Selain itu, anda juga perlu menyediakan hidangan ini dengan api yang besar bagi mendapatkan rasa sensasi ‘burnt’.

Resepi ini amat mudah untuk disediakan. Ianya sesuai untuk dimakan bersama dengan nasi putih dan lauk protein yang lagi bagi melengkapkan hidangan. Selain itu, hidangan ini sesuai untuk disediakan oleh sesiapa sahaja kerana cara pembuatannya yang ringkas dan tidak mengambil masa yang lama.

Resepi ini dikongsikan oleh Zarra Alola dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Terung Goreng Berlada

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 biji terung panjang besar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 4 biji cili padi merah
  • Segenggam ikan bilis
  • Belacan (jika suka)
  • Garam, gula dan perasa

Cara – cara memasak:

  1. Potong serong terung dan goreng setengah masak. Pastikan api sedikit besar untuk dapatkan ‘burnt effect’.
  2. Kisar kasar kesemua bahan tumis dan tumis sehingga betul-betul masak dan terbit minyak.
  3. Kemudian, masukkan terung yang digoreng ke dalam sambil tumis.
  4. Tumiskan mengikut selera masing – masing.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *