Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang mudah didapati dinegara kita ini. Kuih koleh kacang ini adalah kuih yang tidak perlu dikukus atau dibakar. Ia dimasak didalam kuali menggunakan tepung kacang hijau bersama gula dan santan. Untuk menghasilkan tesktur yang kental ia perlu dimasak lama menggunakan api yang sederhana. Kemudian ia dituang didalam loyang dan diatasnya ditaburi dengan tahi minyak.
Tahi minyak diperbuat daripada santan yang kemudian dimasak lama hingga menghasilkan satu lapisan diatasnya dan dibuarkan hingga ia berwarna kekuningan. Kuih koleh kacang ini sangat popular sebagaj hidangan minum petang atau pagi. Malah ia juga mudah didapati didalam majlis keraian atau kenduri kendara. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.
Resepi Talam Koleh Kacang ( Sedap Dan Mudah)
Bahan A
- 400gm gula merah
- 100gm gula halus
- 300ml air
- 1 helai daun pandan
Bahan B
- 300gm tepung kacang hijau
- 1tsp garam
- 400ml santan pekat
- 1300ml air
Kaedah
- Masak bahan A sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml (jangan sampai air gula pekat).
- Satukan bahan B, kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
- Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk, jangan terlebih pekat sangat. Masukkan 1 ½ sudu besar minyak supaya berkilat.
- Bila telah masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas dan disapu marjerin.
- Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
Bahan tahi minyak
- 300ml santan pekat
- 1/8 tsp garam
Kaedah
- Masak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas.
- Minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 sudu besar masuk ke dalam adunan supaya berkilat
Loyang perlu digris dengan minyak agar ia mudah dikeluarkan. Namun bagi oarang yang meniaga kebiasaanya mereka meletakkan lapik plastik agar ia boleh dibungkus didalam kotak. Adunan perlu dikacau sentiasa agar ia todsk bergentel, manakala tahi minyak perlu ditabur ketika koleh kacang masih panas.
Koleh kacang sangat sedap kerana haruman tepung kacang dan tesktur padatnya. Tambahan pula taburan tahi minyak pula mempunyai tarikan yang tersendiri. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!
Leave a Reply