Resepi Roti Sarang Lebah (Yang Viral)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi roti yang viral sejak kebelakangan ini. Roti sarang lebah merupakan roti paun yang dimakan bersama sosnya. Resepi rotinya merupakan seperti roti bun. Manakala sosnya pula menggunakan resepi sos butterscoth yang sesuai dijadikan sos minuman atau bahan hiasan untuk kek.
Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda resepi roti sarang lebah, yang mendapat namanya kerana susunan roti bun didalam loyang yang kelihatan seperti sarang lebah. Oleh itu berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resipi Roti Sarang Lebah (Yang Viral)
Bahan A
- 1 cawan air suam
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)
Bahan B
- 1 biji telur
- 3 cawan tepung roti/high protein flour
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mentega
Bahan C
- * 1 biji kuning telur
- * 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh
- (Satukan dan kocak rata)
- Kuaci
- Almond flakes
- Bijan
Sos Butterscotch
- 2 cawan gula perang
- 2 cawan susu cair atau susu segar kotak
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar mentega
- (Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.)
Kaedah
- Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif.
- Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.
- Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk mixer.
- Sapukan tepung pada tangan. Bulatkan doh. Letak di dalam bekas yang disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
- Tekan doh bagi membuang udara dalam doh.
- Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. (Saya buat 24gm). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.
- Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.
- Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan susu dan kuning telur.
- Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
- Panaskan oven dengan suhu 170’C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pada oven masing-masing, ya).
- Apabila roti masak, sapu permukaan roti dengan mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan
Seperti biasa bagi menganggarkan rasa manis mengikut selera, anda boleh mengurangkan atau melebihkan sukatan sos bagi memenuhi citarasa anda. Oleh itu diharap anda sudi mencuba resepi ini dan bolehlah dihidang pada keluarga anda. Selamat mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.