Resepi Roti Jala (Mudah Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan satu resepi popular sebagai hidangan minum petang. Resepi ini sangat mudah didapati ,namun ada pelbagai versi. Ini kerana bahan yang digunakan ada sedikit perbezaan. 

Bagaimanapun walau bahan-bahan diguna ada sedikit perbezaan, umumnya roti jala tetap roti jala. Roti jala dengan nama lain ialah roti kirai. Pernah menonton filem Bujang Lapuk, bila Aziz menegur pakaian dalam Sudin, “da macam roti kirai”? Kerana rupanya yang begitu seperti dikoyak-koyakkan, namun orang sekarang memanggilnya roti jala kerana rupanya seperti jala.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

 

Resepi Roti Jala  (Mudah Dan Sedap)

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 1 cwn tepong ubi kayu (pilihan)
  • 1 liter air
  • 2 sb minyak masak
  • 1 sb margerin
  • 1 biji telor A
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning 

Kaedah

  • Kisar semua bahan dan letakkan didalam acuan roti jala.
  • Dengan menggunakan minyak yang sangat  minima, jalakan bancuhan diatas, apabila telah berubah warna menjadi sedikit pucat,terus alih dan lipat empat.
  • Ulang hingga semua adunan habis dijalakan.
  • Sedia untuk dihidangkan.



 

Penggunaan tepung ubi dikatakan membantu agar roti jala terus lembut, namun kali ini Madam tidak menambahnya. Jadi terpulang bagi anda jika ingin mencubanya.

Roti jala paling sedap dimakan bersama kari, samaada kari ayam atau daging terpulang pada anda. Selain dinikmati bersma keluarga anda juga boleh menjamunya ketika jamuan dimajlis-majlis minum petang. Jadi selamat mencuba ya.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *