Lasagna adalah sejenis hidangan pasta yang berasal dari Itali. Ia terdiri daripada lapisan pasta juga dikenali sebagai lasagna sheets, diisi dengan pelbagai bahan seperti daging, sos, keju, dan sayur-sayuran. Lasagna sering dibakar dalam oven hingga keemasan dan cheese yang meleleh.
Untuk membuat lasagna, lapisan-lapisan ini akan disusun secara berselang-seli dalam pinggan tahan panas, kemudian dibakar dalam oven. Proses ini membolehkan semua rasa bercampur dan keju mencair sehingga meleleh dengan sempurna.
Buat anda yang mencari resepi lasagna, kami ada sediakan 10 himpunan pelbagai resepi lasagna ini.
1. Resepi Beef Lasagna
Beef lasagna adalah lasagna yang popular. Boleh pakai daging cincang atau daging burger. Tapi dalam resepi Nor Azimah Arifin beliau menggunakan daging cicang. Jom baca resepi ini.
Bahan-bahan
- Lasagna sheet 1 pek
- Daging cincang/ Daging burger pun boleh. 500gm
- Bawang holland 1 biji } di mayang
- Bawang putih 2 ulas } di mayang
- Carrot 1 biji. } dipotong dadu
- Capcium 1 biji. } dipotong dadu
- Buah tomato 2 biji. } dipotong dadu
- Mushroom 1 tin } di hiris nipis
- Serbuk cili 1 sudu
- Lada sulah. 1 sudu
- Tomato puree 1/2 cawan
- Minyak masak 1 sudu besar
- Gula
- Garam
- Secukup rasa
- Oregano
Bahan white sos
- Susu sejat 2 tin
- Butter/ Marjerin 3 sudu
- Tepung gandun 4 sudu
- Lada sulah 1 sudu
- Garam 1 sudu
- Secukup rasa 1 sudu
- Cheese slice 4 keping
- Cheese chedar/mozarela parut
- Air 3 cawan
Cara penyediaan
- Rebus sekejap lasagna sheet sampai separuh lembut, ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan daging cincang/ daging burger, goreng sampai separuh masak.
- Masukkan bawang holland & bawang putih kemudian kacau rata.
- Masukkan carrot, mushroom dan capcium td, gaul rata.
- Masukkan sedikit air dan masak sampai sayur td lembut.
- Masukkan serbuk cili, lada sulah dan tomato puree. Kacau lagi.
- Masukkan gula, garam, secukup rasa & oregano. Kacau rata sampai masak.
White sos
- Panaskan kuali & masukkan butter.
- Masukkan tepung gandum & lada sulah
- Masukkan susu sejat & air, kacau
- Masukkan garam, secukup rasa & cheese slice. Kacau.
- Letak lasagna sheet kedalam bekas kemudian masukkan campuran daging yg dimasak td diikuti dgn white sos.
- Tabur cheese parut. Ulang lg cara yg sama hingga sekurang- kurangnya 3 lapisan. Tabur lebihan cheese parut pada lapisan paling atas. Bakar pada suhu 170 selama 30 minit atau lapisan atas berwarna keemasan. Sejukkan sekejap dah boleh makan.
2. Resepi Lasagna Daging Cheese Meleleh
Bila buat sendiri lasagna memang terasa puas hati sangat kan? Resepi dari Nur Hazlina Othman ini memang buat orang rasa tak sabar nak makan. Dengan lebihan cheese yang meleleh memang puas hati betul.
Bahan-bahan
Bahan inti
- Daging kisar (1paket 400g) guna brand Ramly.
- Sos spageti (1 tin)
- Sos cili – tambah skit je sebab nak rasa pedas
- Bawang holland(1biji) – cincang
- Bawang putih (5ulas) – cincang
- Serbuk lada itam
- Garam
Bahan sos putih
- 5 sudu besar mentega
- 3 sudu tepung gandum
- 500ml susu segar
- 2 keping keju
Cara penyediaan
- Cairkan mentega.
- Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
- Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
- Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Dan susun dalam loyang.
- Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dalam loyang.
- Susun selang seli.
- Lasagna, inti, sos putih. Buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
- Bakar pada suh u 150’C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
3. Resepi Lasagna Versi Roti
Kalau anda tak ada kepingan lasagna, anda boleh gantikan dengan kepingan roti untuk dapatkan hidangan lengkap lasagna. Versi resepi dari Nana Ismail ini jimat dan sedap.
Bahan-bahan
- 12 keping roti
- 3 biji telur
- 200 ml susu segar
- 8 keping keju
- 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
- 1 cekak daun sup
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 4 sudu besar sos tomato
- 300 gram daging cincang
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 1 cubit garam dan gula
Cara penyediaan
Inti Daging
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
- Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
- Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan daun sup dan cili merah.
- Masak sehingga daging masak dan kering.
- Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
- Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
- Pukul telur dan susu sehingga sebati.
- Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
- Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
- Susun kepingan keju ke atas daging.
- Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
- Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
- Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
- Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
4. Resepi Lasagna Mudah
Kalau baru nak buat lasagna, kami sarankan anda baca resepi dari Nazz Mernas ini. Mudah dan senang anda ikut cara penyediaan lasagna ini.
Bahan-bahan
- 2 kotak lasagna (rendam air panas 30 minit)
- 1 biji bawang Holland – dadukan
- 5 ulas bawang putih – cincang
- 1 pack daging hancur
- 1 tin sos spaghetti Bolognese
- 4 biji tomato – blend
- 1 tin cendawan butang
- 5 keping cheese slices
- 1 kotak kecik whipping cream / fresh milk
- 2 sb tepung jagung (bancuh untuk pekatkan kuah)
- Air – jika perlu
- Garam sikit
- Mix herb
- Butter sikit untuk tumis
- Mozzarella – untuk topping
Cara penyediaan
- Cairkan butter, masuk bawang besar, bawang putih. Dah layu masuk daging cincang, masak sampai jadi.
- Masuk sos spaghetti, tomato, cendawan, whipping cream, cheese slices, nak letak air sikit boleh.
- Letak bancuhan air jagung. Garam & mix herbs. Nak letak perasa terpulang.
- Dah siap boleh la melapis.
- Bawah sekali letak dulu lasagna, dan inti, lasagna, sampai habis, atas sekali inti, pastu tabur mozzarella & mix herbs.
- Bakar suhu 180°c, api bawah 30 minit + 5 minit api atas bawah. Ikutlah kesesuaian oven masing-masing.
- Siap!
5. Resepi Chicken Lasagna
Resepi terakhir adalah chicken lasagna. Sebenarnya jarang kan nak jumpa chicken lasagna, ini kerana lasagna sesuai dipadankan bersama daging. Resepi dari Syahriah Fadhilah.
Bahan-bahan
- Instant lasagna
- Shredded mozarella cheese
- Parmesan cheese powder
Bahan sos merah
- 300g Ayam kisar
- 1 tin prego mushroom/traditional
- 1 biji bawang holland cincang
- 4 ulas bawang putih hiris
- 6 biji cendawan butang hiris
- 1/2 sb black pepper
- 3 sb Minyak zaitun
- Garam gula
Bahan sos putih
- 2 sb butter
- 2 sb tapung gandum
- 2 keping cheddar cheese
- 1 sb parmesan cheese powder
- 1 1/2 cawan susu full cream
- Lada putih, garam
Cara penyediaan
Sos merah
- Tumis bawang sampai layu dan masuk ayam. Kacau sampai kering air.
- Masuk semua bahan lain.
- Adjust gula garam. Tambah air kalau kering. Kuah kena lebih tau. Baru lasagna tu lembut nanti.
Sos putih
- Masuk butter dalam saucepan. Dah cair masukkan tepung dan kacau sebati.
- Masuk susu dan cheese. Kacau hingga pekat.
- Adjust rasa dengan garam.
Lasagna
- Pre-heat oven 180-200.
- Grease bekas untuk bakar lasagna. Susun instant lasagna selapis.
- Tuang sos merah dan ratakan. Tuang pula sos putih dan ratakan. Tabur mozarella dan parmesan.
- Ulang susun kepingan instant lasagna, sos merah, sos putih, cheese.
- Tutup bahagian atas dengan aluminium foil. Bakar selama 25 minit.
- Buka aluminium foil dan sambung bakar hingga keperangan.
- Hias dengan daun parsley.
Resepi Menarik Yang Lain
Terima kasih kerana menjadikan laman web kami sebagai rujukan idea masakan anda. Jangan lupa share dengan yang lain ya.
Leave a Reply