Resepi Viral Enoki Goreng Butter Versi Kering Confirm Korang Suka
Resepi kali ini ialah resepi viral cendawan enoki butter, ianya amat mudah doisediakan dan bahan-bahan digunkan juga sangat minima. Antara bahan yang digunakan ialah cendawan enoki, butter dan susu cair. Cendawan enoki ialah sejenis cendawan berwarna putih, halus dan panjang-panjang, ianya amat banyak digunakan didalam penyediaan masakan sayur, tomyam mahupun steambot.
Baiklah bagi peminat cendawan enoki dan berminat untuk mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Cendawan enoki 1 pek kecik
- Butter unsalted 2 tbsp
- 2 ulas bawang putih cincang
- 1 ketul kiub ayam
- Cili flakes secukup rasa
- Air jika terlalu pekat
Kaedah
- Mula-mula cairkan butter
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Selepas itu masukkan sedikit air dan kiub ayam.
- Bila kiub ayam dah sebati masukkan cendawan enoki.
- Akhir sekali taburkan cili flakes sebelum dihidang.
- Siap!
Versi yang saya gunakan ini adalah versi kering, namun ia juga boleh disediakan berkuah dengan ditambah lagi banyak air. Penggunaan cili flake dan jus lemon adalah untuk ,menghilangkan rasa butter yang agak kuat. Sedap diratah begitu sahaja atau anda boleh makan dengan nasi jika anda suka. Apapun selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.