Resepi Vege Wafer Rendah Karbo Sesuai Untuk Diet Low Carb
Resepi kali ini adalah merupakan satu hidangan rendah karbo yang sangat sesuai bagi pengamal diet. Bahan digunakan dalam resepi ini mudah didapati dan menyedianya juga agak mudah. Salah satu bahan digunakan adalah daun kale iaitu sejenis sayur berdaun yang sangat tinggi potasium. Potasium merupakan mineral yang diperlukan badan manusia untuk melancarkan pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita.
Baiklah jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan mudah berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Segenggam sayur kale atau bayam
- Sebiji telur
- ½ tsp cuka
- Air sedikit
Kaedah
- Kisar semua bahan menjadi halus
- Panaskan wafer maker dan tuang adunan.
- Tunggu sehingga adunan masak.
- Alih dan sedia untuk dihidang.
Saya menggunakan wafel maker kerana ia lebih mudah namun anda juga boleh menggunakan kuali leper saiz kecil yang digunakan untuk membuat pankek, selamat mencuba!