Resepi Tepung Pisang Goreng Premix Senang Dan Cepat

Resepi seterunya merupakan satu lagi resepi tepung segera untuk menyediakan saduran bagi pisang goreng. Kebiasaanya tepung segera pisang goreng dijual didalam supermarket. 

Namun begitu sebenarnya ia juga boleh disediakan sendiri dirumah anda. Perbezaan antara tepung premix anda dengan yang dijual dikedai ialah ia tidak mengguna bahan pengawet. Oleh itu ia lebih sihat dan selamat, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh emplex (pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati
  • Simpan didalam bekas kedap udara
  • Apabila ingin menggunakan ia sila tambah bahan-bahan air secukupnya sehingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair.
  • Boleh juga tambah 1/2 sudu besar air kapur

Pisang goreng yang digoreng menggunakan tepung ini lebih rangup dan tahan lama juga. Penyediaannya juga lebih mudah dimana anda hanya perlu mencampurkan sedikit air kapur dan juga air suam. Tambah sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi sedikit pekat,kemudian goreng pisang,cempedak atau keledek menggunakan minyak banyak. Begiitu mudah! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *