Resepi Telur Goreng Dadar Ala Gerai Tomyam Senang Buat Sendiri
Resepi kali ini merupakan resepi yang sangat ringkas namun begitu ianya amat digemari terutamanya jika berkunjung ke kedai Tomyam. Walaupun sekadar telur dadar ianya berbeza jika dibanding dengan telur dadar yang dibuat dirumah. Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk menyediakan telur dadar ini jika tahu caranya, bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 – 4 biji telur
- 2 – 4 camca sos ikan
- 1/2 sudu besar tepung beras
- Minyak menggoreng
- Pukul telur bersama sos ikan dan tepung beras.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Teknik menggoreng telur dadar Thailand ini akan menggunakan minyak penuh.
- Dengan api sederhana, setelah minyak panas, tuangkan campuran telur yang sudah dipukul daripada aras yang tinggi.
- Biarkan ia garing sebentar sebelum menterbalikkan telur untuk menggaringkan bahagian yang sebelah lagi.
- Ketika sudah menterbalikkan, naikkan suhu api dan biar ia garing. Pastikan tidak hangus.
- Angkat dan toskan di atas tisu dapur agar lebihan minyak dapat diserap.
Selain daripada mengguna bahan yang betul, teknik menggoreng memainkan peranan juga untuk menghasilkan telur dadar yang rangup dan sedap. Telur dadar ini amat sedap dimakan bersama semangkuk tomyam panas dan sepinggan nasi putih. Anda haruslah mencuba sendiri telur dadar ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.