Resepi Tart Nenas Kiub Cheese Lagi Senang Dari Tart Gulung
Resepi kali ini merupakan resepi tat nenas kiub yang mana ia sesuai bagi mereka yang gemar tat nenas tetapi tidak suka yang berbentuk gulungan. Ini kerana tat nenas ini menggunakan acuan coklat kiub yang lebih mudah untuk disediakan. Dalam perkongsian kali ini tat nenas disediakan bersama keju yang memberi rasa dan aroma yang menarik, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan A
- 1 cawan marjerin
- 3 tbsp susu pekat
- 2 tbsp minyak sapi
- 1 biju kuning telur
- 2 tbsp cream cheese
- 1tsp esen vanilla
Bahan B
- 3 ½ tepung gandum
- 2 tbsp tepung jagung
- 2 tbsp tepung kastad
Kaedah
- Mula-mula pukul semua bahan ! kecuali telur dan esen vanilla.
- Bila dan sebati masukkan telur dan esen vanila.
- Masukkan pula tepung jagung dan kastad dahulu.
- Kemudian baru masukkan tepung gandum
- Gaul dan uli dengan tangan agar ia menjadi sebati.
- Gunakan acuan kiub coklat dan penuhkan dengan separuh dahulu adunan.
- Masukkan inti nenas dan tambah dengan adunan dan tutup hingga penuh.
- Kemaskan dan bekukan sebentar kemudian baru keluarkan dan sedikan untuk dibakar.
- Saya sapu dengan putih telur dan taburkan cheese parut.
- Tapi jika anda letak kuning telur sahaja juga dah memadai
- Bakar pada suhu 160c selama 25minit.
- Siap!
Selain dari aroma keju yang sedap dan sesuai bagi peminatnya, manisan pastri ini juga amat mudah untuk disediakan. Parutan cheese adalah pilihan kerana tujuannya ialah supaya ianya mudah dikenalpasti sebagai tart keju. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.