Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tat Kiub Nenas Pandan Sesuai Orang Tak Suka Manis

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih raya yang sesuai bagi mereka tidak pandai menghasilkan kuih raya yang sama bentuk seperti saya. Kuih raya lazimnya dibuat dengan pelbagai bentuk, namun keseragaman amat diperlukan untuk menghasilkan biskut raya yang bukan sahaja sedap tetapi juga cantik untuk dihidangkan pada tetamu.

Dalam resepi ini, bahan-bahan yang digunakan amatlah mudah didapati dan pembuatannya juga amat mudah. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan marjerin
  • 3 tbsp susu manis
  • 2 tbsp minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • ½ tbsp emulco pandan
  • 1 tsp pewarna hijau (pilihan)

B

  • 3 ½ cawan tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung kastad
  • Bahan lain
  • Inti nenas secukupnya 

Kaedah

  • Mula-mula pukul marjerin dengan susu manis dan juga minyak sapi.
  • Kacau dulu bagi sebati dan selepas itu masukkan telur dan juga emulco.
  • Bila adunan basah dah siap, masukkan bahan-bahan B
  • Mula dengan tepung jagung dan kastad, baru masukkan tepung gandum
  • Uli semua bahan hingga adunan menjadi tidak melekat pada tangan lagi.
  • Untuk menyediakan tat kiub, ambil secubit adunan masukkan kedalam acuan.
  • Selepas itu isi inti nenas dan tutup dengan baki adunan tadi.
  • Rata bahagian atas kemas-kemas.
  • Selepas itu bekukan ia selama sekurang-kurangnya 10 minit atau hingga kuib nenas boleh dikeluarkan.
  • Boleh hias dengan putih telur dan taburkan dengan kelapa kering.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Adunan ini takkan mengembang jadi ia boleh disusun rapat-rapat.

Acuan yang digunakan didalam resepi ini sebenarnya ialah acuan untuk kiub coklat dan ia boleh didapati dikedai yang membekalkan barangan bakeri. Ia sebenarnya ialah acuan coklat dan sangat tahan lasak. Jangan lupa cuba resepi ini ye! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.