Resepi kali ini ialah resepi sup yang menggunakan ikan. Paling sedap dimakan ketika musim hujan ataupun untuk orang yang baru sihat dari sakit atau dalam pantang. Sebenarnya untuk membuat sup yang sedap bahan-bahannya tidak perlu terlalu banyak. Lebih ringkas bahan yang digunakan lebih sedap asalkan bahan-bahan yang digunakan segar, terutama ikan. Bahan-bahan digunakan didalam resepi ini sangat ringkas malah penyediaan ia juga amat mudah. Berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
Utama
- Kepala ikan potong kecil (pilih ikan merah lebih sedap)
Kisar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Hiris dan tumis
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 keping daun salam
Bahan lain
- Daun bawang/daun sup
- Serbuk lada putih
Kaedah
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis.
- Selepas itu tambah bahan kisar dan masak hingga ia naik bau
- Tambah air dan biarkan sup mengelegak dahulu
- Tambah ikan dan juga garam serta ajinomoto
- Akhir sekali taburkan serbuk lada hitam dan juga daun sup atau daun bawang.
- Siap!
Kalau kita masak sup ayam atau daging sedap kalau ditambah dengan serbuk lada hitam, namun bagi sup ikan paling sedap gunakan serbuk lada putih. Ini kerana serbuk lada putih bukan sahaja sedap tapi aromanya juga berbeza berbanding lada hitam. Anda kena cuba sendiri untuk menikmati keenakannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.