Resepi Sup Ikan Merah (Sangat Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sup yang sangat ringkas. Sup ikan merah adalah sup ikan yang agak popular. Ia ada makanan yang sangat sihat kerana ia kurang minyak , malah sup ini juga membantu kita untuk kenyang lebih lama. 

Sup ikan merah diperbuat dari bahan-bahan yang ringkas sahaja, namun keenakannya terletak pada kesegaran ikan yang digunakan. Versi sup yang Madam akan kongsikan hari ini ialah versi jernih kerana ia tidak menggunakan sebarang rempah sup. Mari lihat bahan-bahan dan cara untuk membuat sup ikan yang sangat  sedap.

Resepi Sup Ikan Merah (Sangat Sedap)
Bahan-Bahan

  • 1 kg ikan merah
  • 4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng (sebagai hiasan)

Bahan tumbuk/kisar

  • 1 sudu besar lada sulah/putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah

Bahan Tumis

  • 1 batang kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • 2 biji bawang merah-hiris

Kaedah

  • Ikan di siang,potong , cuci dan toskan.
  • Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan lain sehingga lumat.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan tumis.
  • Masukkan bahan-bahan  tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan dan kacau rata.
  • Tambah air lagi jika perlu.
  • Masukkan garam dan perasakan.
  • Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  • Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. 
  • Sedia utk di hidangkan.

Sup ikan merah ini sedap dihirup ketika masih panas. Untuk menaikan tahap kepedasannya, anda boleh tambah sukatan lada putih. Manakala penggunaan daun bawang dan sup serta bawang goreng akan meningkatkan aromanya lalu menaikkan selera terutama apabila dihidangkan kepada orang yang sakit.

Apapun anda wajarlah mencuba resepi ringkas ini, rasanya sangat sedap dan ia juga sangat mudah untuk dimasak. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *