Resepi Suhun Goreng Dahlah Sedap Senang Pulak Mesti Try
Resepi ini merupakan resepi suhun goreng yang dimasak seperti mana kebiasaan bihun ataupun mee goreng disediakan. Antara bahan yang diguna di dalam resepi ini ialah bawang putih, sos cili, cili kisar dan juga rencah kegemaran anda. Sayut sayuran juga digunakan dalam masakan ini agar ianya memberi kekenyangan yang berpanjangan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Segenggam suhun.
- Dua ulas bawang putih.
- 1 sudu besar cili kisar.
- 1 sudu kecil sos cili
- Sayur dan isi ayam pilihan sebagai rencah
- Mula-mula rendamkan suhun dengan air pada suhu bilik
- Sementara itu tumiskan bawang putih hingga naik bau
- Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili kering.
- Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa.
- Apabila semua bahan telah siap, masukkan sayur.
- Masukkan suhun dan mulai goreng sehingga suhun menjadi lembut dan jernih.
- Siap!
Masakan ini amat sesuai bagi anda yang ingin mencari alternatif masakan selain bihun. Bihun mempunyai lebih kalori berbanding suhun malah penyediaannya juga jauh lebih mudah, oleh itu jadikan ia sebagai pilihan anda! Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.