Resepi Stok Sambal Ikan Bilis Sesuai Bawa Asrama

Resipi ini adalah cara menyediakan stok sambal ikan bilis yang amat praktikal terutama semasa buka puasa. Ini kerana ianya amat mudah diaediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah ditemui dan juga murah.Antara bahan-bahan yang digunakan ialah ikan bilis, kentang,kacang tanah, cili kisar dan kiub ayam. Penyediaannya juga ringkas dan jika disimpan didalam bekas kedap udara ia tahan 2-3 minggu didalam suhu bilik.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Cili kering (segenggam)
  • Bawang merah 5 ulas /bawang besar sebiji saiz kecil 
  • Ikan bilis segenggam (kopek dan goreng garing)
  • Kacang tanah (goreng)
  • Kentang (potong nipis)

Kaedah

  • Mula-mula rebus gunting dan rebus cili kering,kemudian toskan ia dan goreng separuh masak.
  • Kemudian kisar bawang menggunakan pengisar kering.
  • Selepas itu kisar cili yang telah digoreng tadi.
  • Tumiskan bawang yang telah dikisar kering tadi selepas itu tumiskan pula cili kering kacau hingga sambal ini menjadi garing, pastikan ia tidak hangit 
  • Masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Apabila telah garing, sejukkan seketika sebelum memasukkan ikan bilis, kentang dan kcang tanah.
  • Gaul ratakan bilis dan didalam bekas kedap udara agar ia tahan lebih lama.

Amat penting untuk memilih ikan bilis yang baik untuk mendapatkan kerangupannya. Kentang adalah pilihan tetapi kacang andakah satu kemestian kerana selain dimakan dengan nasi ia juga sedap dimakan begitu saja. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain